PAS Bintulu kali ini berziarah ke rumah-rumah ibu tunggal di sekitar Kg Jepak. Program yang digerakkan oleh aktivis-aktivis Pemuda dan Muslimat ini telah diketuai oleh Pengarah Unit Kebajikan MTD PAS Bintulu, Pn Hafsah. Sebanyak 10 buah rumah telah dilawati dan aktivis-aktivis PAS telah disambut mesra oleh ibu-ibu tunggal ini.
Melalui kunjungan ini, pelbagai permasalahan dan isu-isu masyarakat lain telah dikongsikan kepada PAS Bintulu. Antara yang paling utama ialah masalah tiada bantuan persekolahan yang disalurkan oleh YB Talib Zulpilip kepada ibu-ibu tunggal ini walaupun mereka adalah golongan yang kurang berkemampuan di DUN Jepak. Dengan kenaikan harga barang dan ditambah pula dengan taraf hidup di Bintulu yang tinggi, ini amat menyukarkan persiapan golongan tersebut untuk memberikan kelengkapan persekolahan yang baik kepada anak-anak mereka.
Sebagai langkah prihatin dan proaktif, PAS di sini melalui Tabung Kebajikan PAS Bintulu telah bersetuju menyalurkan sumbangan kepada setiap ibu tunggal yang diziarahi melalui program PAS Back to School yang akan berlangsung pada 25hb Disember 2010. Semoga dengan program ramah-mesra bersama masyarakat ini, PAS akan terus subur di Bintulu.
PAS Sedia Berkhidmat!
0 comments