Bintulu, 1hb Jan 2011: Bersempena dengan sambutan tahun baru 2011, PAS Kawasan Bintulu telah berjaya menjalankan satu program khidmat masyarakat di sebuah rumah panjang di DUN Jepak dekat sini. Program di Rumah Dunggat ini adalah program 'engagement' PAS Kawasan Bintulu dengan masyarakat Iban di DUN Jepak yang pertama, susulan sambutan hangat para penduduk setempat terhadap program 'PAS Dekat di Hati' pada siri yang lepas.

Program yang mengumpulkan lebih 20 orang aktivis PAS ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka bersama penghuni rumah panjang, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, edaran kopi percuma berserta Kalendar PAS 2011 dan khidmat saringan kesihatan percuma oleh pasukan perubatan PAS. Walaupun berbeza bangsa dan agama, semangat 'PAS Untuk Semua' jelas dapat dilihat sepanjang program dengan kemesraan yang dijalin antara para aktivis PAS dengan masyarakat Iban di rumah panjang ini.

Rata-rata penghuni rumah panjang ini menyatakan kegembiraan mereka dengan penganjuran program mesra rakyat seumpama ini seterusnya membuka mata mereka tentang pendekatan politik mesra PAS yang sebelum ini dimomokkan sebagai parti yang tidak mesra kepada golongan bukan Muslim. Di kesempatan yang sama, PAS Kawasan Bintulu telah menyumbangkan sejumlah buku bernilai hampir RM 500 kepada Pusat Sumber Rumah Dunggat yang serba kekurangan untuk kegunaan anak-anak rumah panjang ini meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Dalam ucapan penutup beliau, Tuai Rumah Dunggat telah melahirkan rasa terima kasih atas kunjungan PAS ke rumah panjang ini dan berharap jalinan hubungan ini akan diteruskan dan diperkukuhkan di masa depan. Semoga perjuangan suci PAS untuk menegakkan keadilan kepada semua berteraskan Islam akan terus diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS Untuk Semua

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, January 2, 2011
categories: edit post

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. Bagus2..talib mesti tengah takut nek tok

     
  3. Anonymous Says:
  4. Talib kool ajak. Pandi dan sudin dah sedia bersilat.

     

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi