Program yang mengumpulkan lebih 20 orang aktivis PAS ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka bersama penghuni rumah panjang, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, edaran kopi percuma berserta Kalendar PAS 2011 dan khidmat saringan kesihatan percuma oleh pasukan perubatan PAS. Walaupun berbeza bangsa dan agama, semangat 'PAS Untuk Semua' jelas dapat dilihat sepanjang program dengan kemesraan yang dijalin antara para aktivis PAS dengan masyarakat Iban di rumah panjang ini.
Rata-rata penghuni rumah panjang ini menyatakan kegembiraan mereka dengan penganjuran program mesra rakyat seumpama ini seterusnya membuka mata mereka tentang pendekatan politik mesra PAS yang sebelum ini dimomokkan sebagai parti yang tidak mesra kepada golongan bukan Muslim. Di kesempatan yang sama, PAS Kawasan Bintulu telah menyumbangkan sejumlah buku bernilai hampir RM 500 kepada Pusat Sumber Rumah Dunggat yang serba kekurangan untuk kegunaan anak-anak rumah panjang ini meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Dalam ucapan penutup beliau, Tuai Rumah Dunggat telah melahirkan rasa terima kasih atas kunjungan PAS ke rumah panjang ini dan berharap jalinan hubungan ini akan diteruskan dan diperkukuhkan di masa depan. Semoga perjuangan suci PAS untuk menegakkan keadilan kepada semua berteraskan Islam akan terus diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
PAS Untuk Semua
Bagus2..talib mesti tengah takut nek tok
Talib kool ajak. Pandi dan sudin dah sedia bersilat.