Bersempena dengan Himpunan Hijau ke Putrajaya anjuran PAS peringkat negeri Sarawak yang telah diadakan di Miri pada 2 September lalu, sekumpulan masyarakat Iban dari kawasan Parlimen Sibuti telah menyerahkan borang menyertai PAS. Wakil mereka, En.Ramba (gambar) dengan penuh semangat menyerahkan borang permohonan menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kepada Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Penyertaan masyarakat Iban ke dalam PAS membuktikan bahawa slogan "PAS Untuk Semua" atau "PAS For All" adalah satu slogan yang terisi dengan pendekatan-pendekatan dan tindakan-tindakan yang menepati kehendak semua tanpa mengira bangsa dan agama.


mane nk dpt borang DHPP?