Saf kepimpinan Pemuda PAS Bintulu mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yang kembali ke rahmatullah pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah.
Pemergian permata Islam ini tentulah suatu kehilangan yang amat dirasai. "Meskipun secara geografi, jarak Allahyarham dan sarawak adalah jauh, namun jasa dan perjuangan beliau amat hampir bahkan menjadi suatu contoh penting dalam lipatan sejarah panjang perjuangan umat Islam" ujar Saudara Fiderus, Ketua Pemuda PAS Bintulu ketika ditemui selepas majlis solat jenazah ghaib di Bintulu.
"Meskipun dizaman pentadbiran beliau diserang dari segenap arah, ketidakadilan dan tekanan dari kerajaan pusat, pentadbiran beliau sangat komited dalam usaha pembayaran hutang negeri (yang ditinggalkan oleh kerajaan yang sebelumnya), menigkatkan keupayaan kerajaan negeri serta menigkatkan keupayaan masyarakat" tambahnya.
Semoga Allah menerima segala kebaikan beliau dan menempatkan beliau dikalanagn ahli jannah.
0 comments