Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) telah berlangsung pada 26 Oktober dan 27 Oktober 2013 di Bintulu telah menyaksikan Ketua Pemuda PAS Sarawak kekal.
Mesyuarat Agung kali ke sembilan yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS ini telah dihadiri oleh 73 orang perwakilan dari seluruh negeri Sarawak. Mereka adalah dari Kuching, Petrjaya, Mukah, Sibu, Bintulu, Miri dan tidak ketingalan dari Limbang.
Bertemakan Iltizam Untuk Semua, para pemuda dilihat terus mengorak langkah dengan penuh semangat dan dedikasi. Rakan Pakatan Rakyat juga turut hadir di majlis persmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS tersebut.
Berikut adalah sebahagian gambar sekitar AGM tersebut.
0 comments