Tahun Baru Hijrah Masa Untuk Mengenali Antara Satu Sama lain Dengan Baik
 
Tahun Baru Hijrah juga dikenali sebagai Tahun Baru Islam. Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam.  Tahun pertama tahun permulaan Islam dikira pada tahun 610 Masihi semasa penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah, yang dikenali sebagai Hijrah. Umat Muslim seluruh dunia menggunakan Muharram sebagai bulan pertama dalam Islam. Hijrah maksudnya perpindahan.
 
Penghijrahan Rasullullah dari Mekah ke Madinah adalah untuk menyebarkan syiar Islam kepada penduduk yang berbagai kaum dan kepercayaan di tanah Arab masa itu.  Agama Islam sebagai Agama Samawi. Perkataan ISLAM berasal dari bahasa Arab yang bermaksud berserah diri kepada Allah.
 
Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasullulah diterima baik oleh penduduk Madinah ketika Rasullullah berhijrah dari Makkah. Islam adalah agama yang adil untuk semua tanpa mengira bangsa dan kepercayaan.  Ini terbukti apabila Rasullullah berjaya menegakkan sebuah Daulah Islamiyah di Madinah selepas penghijrahan Rasullullah bersama dengan para sahabatnya.
 
Dari situ Rasulullah telah memperkenalkan Perlembagaan Madinah, ianya diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat yang terdiri dari berbagai kaum dan kepercayaan, Penduduk Muslim pada ketika itu hanya kira-kira 35 peratus. Jelas sekali, jika peraturan Islam diwartakan sebagai perundangan negara, semua lapisan masyarakat boleh menerima peraturan-peraturan yang lebih bersikap adil dan saksama untuk semua. Bagi yang bukan Muslim, mereka tetap bebas mengamalkan ibadah dan budaya masing-masing tanpa sebarang sekatan. Islam satu-satunya agama universal dan memiliki kesempurnaan di segala aspek yang dapat diaplikasikan oleh manusia dalam kehidupannya.
 
Kalau agama Islam dapat diberi penjelasan yang sebenarnya, kita yakin masyarakat awam yang
kurang pengetahuan tentang kebaikan Islam akan pasti dapat menerima Islam dengan baik. Disebabkan Islam dan perundangannya diberi gambaran yang buruk seperti yang digambarkan oleh pihak yang anti Islam, maka Islam telah disalah ertikan. Islam tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam tetapi ianya terserah kepada kepercayaan dan keyakinan diri masing-masing  untuk menerima sesuatu yang difikirkan baik untuk dirinya sendiri.
 
Apabila seseorang yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu kaum dan agama ianya lebih rasional dan berfikiran terbuka dari mereka yang jahil tentang budaya dan adat resam sesuatu kaum yang lain. Kehidupan rakyat akan lebih aman apabila kita saling mengenal antara satu sama lain. Inilah masa untuk kita sama-sama berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik.
 
Sempena menyambut Tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah  PAS Sarawak ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakyat Malaysia di mana juga mereka berada.
 
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Monday, November 4, 2013
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi