Saran agar Kerajaan Negeri Sarawak serius dan konsisten dalam membela rakyat.

Pas Kawasan Bintulu (PKB) menyarankan agar Kerajaan Negeri Sarawak memberi tumpuan yang serius dan konsisten dalam membela rakyat Sarawak. Merujuk kenyataan Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing supaya peluang lebih luas diberikan kepada anak Sarawak oleh PETRONAS untuk mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan teknikal, Kerajaan negeri patut sedar apa kelemahan dalam pemerintahan mereka lebih 30 tahun ini dan isu rakyat Sarawak tidak mendapat tempat di syrikat besar bukan sahaja Petronas bukanlah isu baru. Syarikat-syarikat terbabit mungkin mempunyai justifikasi tersendiri dalam membuat keputusan tanpa bersikap prejudis terhadap orang tempatan.

Jika kerajaan negeri sedar anak-anak tempatan Sarawak tidak mendapat tempat yang banyak di syarikat-syarikat besar tersebut, ini membuktikan kegagalan kerajaan negeri sendiri dalam meningkatkan taraf pendidikan tempatan yang memacu kecemerlangan akademik anak-anak Sarawak untuk menempatkan diri dalam syarikat GLC itu. Mana tidak, keluar sahaja rumah rakyat Sarawak terpaksa melaui jambatan usang atau jalan raya berlopak dan tidak berturap untuk sampai ke sekolah. Ini belum lagi ditambah dengan prasarana yang tidak memuaskan untuk sekolah-sekolah tersebut. Sungguhpun kerajaan negeri menafikannya, hakikatnya itulah Sarawak yang dikatakan lubuk emas Malaysia.

Capaian akses maklumat yang tidak cukup meliputi peluang pekerjaan ini juga menjadi sebab kenapa anak-anak Sarawak tidak mendapat tempat di syarikat tersebut. Ramai lagi orang-orang Sarawak tidak mengetahui peluang mereka contohnya dalam industri Gas dan minyak ini. Bagaimana untuk memohon bahkan kita dapat lihat ramai lagi anak-anak tempatan tidak mengetahui apakah kegiatan atau aktiviti pekerjaan gas dan minyak ini. Mana tidak, maklumat mengenainya pun tidak didedahkan. Isu anak-anak Sarawak yang terpelajar berada di luar Sarawak adalah kerana keselesaan hidup yang menjamin mereka, bagi mereka pulangan gaji yang diberikan kepada mereka tidak setimpal dengan kos sara hidup yang melambung di bandar-bandar industri seperti Bintulu. Bagaimana mungkin anak-anak muda ini akan kembali ke Sarawak, sedang dilema itu menghantui mereka.

Saranan PKB ialah:

1. Kerajaan negeri mesti serius dalam membela nasib kontraktor di Sarawak agar mendapat peluang di dalam industri Gas dan minyak ini. Peluang ini terbuka luas untuk syarikat terbabit berbincang dengan semua kontrator tempatan untuk meningkatkan mutu perkihdmatan mereka. Ini yang dikatakan usaha gigih.

2. Syarikat-syarikat GLC dan lain-lain syarikat besar perlu dengan kerap untuk turun pada masyarakat untuk mengadakan program peluang pekerjaan sperti Job fair. Ini amat sukar sekali kita dapati diadakan di Sarawak. Sekurang-kurangnya peluang itu ada di depan mata anak-anak Sarawak yang mungkin kebetulan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian.

3. Membangun Sarawak setara dengan negeri lain di Malaysia, agar rakyat Sarawak yang tinggal di luar Sarawak mempunyai hasrat untuk pulang ke negeri mereka.

PKB mengharapkan sekali lagi agar rakyat mendesak sungguh-sungguh kerajaan negeri untuk mengambil perhatian kepada rakyat Sarawak yang akhirnya akan konsisten membela nasb rakyat.

ZHARUDIN NARUDIN

TIMBALAN YANG DI PERTUA

PAS KAWASAN BINTULU

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, January 29, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi