Stratergi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud untuk menjadi Yang di-Pertua Negeri bukanlah satu rahsia dan bukan juga baru.

Perletakan jawatan beliau sejurus sebelum berakhirnya tempoh perkhidmatan Tuan Yang Terutama Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang akan tamat perkhidmatan pada 28 Februari ini dilihat sebagai satu stratergi agar beliau dilantik sebagai TYT yang baru dan bergelar Tun.

Pemuda PAS Bintulu mengambil pendirian agar kemuliaan jawatan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak tidak dicalarkan dengan melantik individu yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa selagi tidak dibersihkan.

"Pemuda PAS Bintulu mendesak agar beliau dibersihkan terlebih dahulu daripada segala tuduhan rasuah dan salah guna kuasa," kata Saudara Fiderus, ketua Pemuda PAS Bintulu.

"Semua sudah maklum yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan dan masih menjalankan siasatan, namun yang jelas siasatan tersebut sangat lambat dan perlahan untuk diselesaikan" tambah beliau lagi.

"Pemuda PAS melihat SPRM seolah-olah berhalangan untuk menjalankan pendakwaan, bahkan  SPRM dilihat gagal menyiasat sepenuhnya, mungkin kerana kuasa yang dimiliki Tan Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri. Jangan pula siasatan ini terus terkubur dengan melantik beliau (Tan Sri Taib) sebagai TYT" ujar beliau lagi.

Harapan masyarakat Sarawak, supaya jawatan TYT diberi kepada individu yang bersih dari sebarang pertuduhan dan jangan timbulkan persepsi jawatan TYT sebagai jawatan bagi mengelak dari pendakwaan.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, February 8, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi