Tuntutan mengembalikan 20% royalti kepada Sarawak bukanlah satu tawaran pilihan kepada Kerajaan Malaysia. Ia adalah hak yang mesti dikembalikan.

"(Dato Sri) Najib tidak seharusnya berlagak sebagai hero dan memberi tawaran bersyarat kepada kita di Sarawak" ulas Ketua Pemuda PAS Bintulu, Saudara Fiderus.

Sarawak selaku pemilik asal sumber petrolium seharusnya diberikan haknya untuk mentadbir urus hasil tersebut agar dapat membangun setanding dengan negeri lain.

Faktor geografi Sarawak yang luas memerlukan peruntukan besar agar perhubungan awam dapat ditingkatkan, kemudahan pendidikan dapat ditambah dan faktor penigkatan ekonomi dapat diperluas.

"Kita mesti bersatu (sebagai orang Sarawak) tanpa mengira bangsa, fahaman politik mahupun apa sahaja perbezaan, mereka akan terus memlpermainkan kita dengan pelbagai syarat dan ugutan jika kita tidak bersatu" tambahnya lagi.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Monday, June 9, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi