"Sehingga 30 Sept 2013, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM529.2 bilion atau 53.6 peratus daripada KDNK" Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab soalan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

"Persoalan jumlah hutang negara, pernahkah kita ambil peduli?" Soal Saudara Zharudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak.

Kerajaan seringkali mengumumkan ekonomi negara bertambah baik, namun rakyat saban hari dihimpit hutang yang semakin menggunung. Hutang yang semakin bertambah mengisyaratkan hutang per kepala rakyat (bilangan rakyat) semakin meningkat.

Sebagai kesannya kira-kira dua ribu orang muflis setiap bulan atau 24 ribu orang muflis bagi tahun 2013, maklumat yang diperoleh daripada STATISTIK Jabatan Insolvensi Malaysia.

"Pemuda PAS Sarawak meminta jawapan dari Perdana Menteri, bilakah unjuran hutang negara dapat dikurangkan kepada RM362 bilion, iaitu nilai hutang negara ketika (Dato Sri) Najib mula mengambil alih tampuk pemerintahan negara", tambah Saudar Zarudin.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Tuesday, June 10, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi