Dahulunya ada seorang yg memiliki kapal layar atau "sequnyir" dalam bahasa vae. Kapal ini digunakan untuk pelbagai aktiviti. Sudah pasti bila ianya dimiliki masyarakat setempat, pasti ada golongan yang boleh membuat dan membaikinya. Teknologi perkapalan merupakan salah satu teknologi canggih dalam dunia kejuruteraan. Negara- negara penakluk dari Zaman kegemilangan Islam sehingga me zaman kolonel, kapal adalah aset terbesar negara dan kapal jugalah yang digunakan oleh armada laut sebagai kekuatan utama mereka  Sesiapa yang ingin menakluki dunia luar memerlukan teknologi kapal yang canggih. Bagaimana agaknya bangsa vae ini boleh memiliki ilmu kejuruteraan perkapalan ini? Ianya perlu kepada pemerhatian khusus untuk meneliti dan memahami teknologu yang mereka warisi.

Zaman berubah ke era yang lebih moden dimana teknologi kapal diperlukan untuk membawa penumpang. Antara kampung jepak dan kampung masjid serta kampung-kampung sekitar memerlukan perkhidmatan ini. Muncul dan berkembanglah teknologi kapal Bandung atau "kapal tambang" dikalangan orang vae. Kapal bandung ini juga digunakan untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan islam pada suatu ketika dahulu disamping kepentingan utamanya untuk membawa penduduk jepak ke masjid Bintulu(masjid daerah) kerana masjid ketika itu memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu masyarakat setempat.

Kagumnya, masyarakat vae yang sinonim dengan cara hidup Islam pada ketika itu begitu bergantung kepada perkhidmatan Kapal Tambang ini sebagai kenderaan utama ke Masjid Bintulu. Ya. Mungkin salah satu sebab kenapa dunia laut dan perkapalan ini sangat dekat, kerana masyarakat Vae dahulunya menjalankan aktiviti nelayan. Sudah pasti teknologi perkapalan perlu dikuasai

Sudah tentu, jentera istimewa ini memiliki juruteranya!? Namun siapakah orang pertama yang menjadi jurutera dan pembuat kapal ini adalah bukan soal utama, apa yang mengkagumkan adalah ilmu yang dituntut oleh mereka bukanlah semata-mata kerana matlamat untuk keuntungan dunia. Faktor untuk menghubungkan masyarakat setempat itu jauh lebih utama. Sungguh besar jasa para Jurutera Kapal Tambang ini pada masyarakat Vae. Ilmu yang duturunkan itu kekal hingga ke hari ini. Buktinya, kapal Tambang masih lagi digunakan malah tidak salah saya katakan ianya mesti dikekalkan kerana Kapak tambang sangat sinonim dengan pergerakan utama masyarakat Vae. Jika di Kuala lumpur mereka berbangga dengan teknologi kereta api laju seperti ERL. Tapi masyarakat Vae patut berbangga kerana mereka memiliki teknologi yang sangat penting dimiliki oleh bangsa didunia ini iaitu Teknologi Perkapalan.

Kini zaman berubah, siapakah diantara jurutera-jurutera hebat kapal tambang yang masih lagi giat dalam bidang ini?

Saya mengajak seluruh warga Bintulu dan pihak berwajib untuk menjaga warisan dan teknologi ini mesti dikekalkan sampai bila-bila. Amat rugi jika ianya disimpan sebagai bahan sejarah. Sepatutnya ianya perlu dijaga dan diturunkan pada generasi baru dengan kaedah pembelajaran yang relevan dengan zaman.

Inilah kekuatan masyarakat dahulu, fardhu kifayah itu menjadi tonggak kekuatan mereka untuk memberi manfaat yang terbaik buat masyarakat.

Eng.Zharudin Narudin
TIMB. YDP PAS KAWASAN BINTULU

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, July 13, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi