Dunia dilihat bersikap tunggu dan lihat biarpun si penjajah Israel membunuh orang awam Palestin secara terbuka.

Dalam tempoh 15 hari serangan yang dilakukan secara berterusan, dicatatkan telah meragut 630 nyawa awam dan mencederakan 4010 mangsa.

Tidak berhenti sekadar itu, penduduk Gaza yang dipenjara tembok batu dihalang sepenuhnya dari menerima sumber makanan dan ubatan, bahkan keputusan bekalan elektrik dan air sepenuhnya.

Negara berjiran terutamanya Mesir, lebih gemar mengikuti kehendak Israel berbanding penduduk awam Gaza. Bantuan luar disekat dari memasuki Gaza melalui Mesir.

Maka apakah deaakan yang kita mampu lakukan? Kita perlu bersatu melakukan boikot terhadap produk yang bersekongkol dengan Yahudi, menggandakan sumbangan, kesedaran dan doa, dan mesti mendesak kerajaan-kerajaan agar mendesak penghentian serangan dan pemenjaraan masyarakat Gaza.

Membisu dengan serangan ini, bermakna kita bersekongkol dengan Israel.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Tuesday, July 22, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi