Ucapan Aidilfitri daripada PAS Kawasan Bintulu


Selamat Pulang ke kampung halaman masing masing dan terus istiqamah di saat akhir Ramadhan dan meraikan Eid dalam kerangka seorang Muslim. Mewakili pimpinan PAS Kawasan Bintulu, kami memohon maaf sebarang kesalahan dan kesilapan, moga Ramadhan yang dilalui berjaya melahirkan insan yang bertakwa dalam membawa perjuangan Islam ini.

Kepada ahli-ahli PAS Bintulu, dalam kesempatan berada di mana saja pelusuk bumi, pergunakan peluang untuk bertemu dan mengambil input yang berguna melalui PAS Kawasan di tempat tuan puan berada semasa cuti ini dalam merangka penambahbaikan PAS Sarawak di samping merealisasikan projek projek di bumi Kenyalang seperti penubuhan Sekolah Rendah/ Menengah Islam dan melahirkan Murabbitun.

Salam Kemaafan dan Terus Istiqamah,
Mohd Azwani Abd Rani, YDP PAS Kawasan Bintulu
_________________________________________________________________________________________

"Taqabbalallahu minna wa minkum"
Bismillahirrahmannirrahim.

"Taqabbalallahu minna wa minkum"

Gik lah kesempatan dau rayak yak untuk telaw semua jernihkan keadaan anaw keruh, mitem jadei mapuk, anaw terasing jafei janik dan anaw dilupak jadei ingatan. Luk lah dituruti nafsu keegoaan telaw, kerana dengan kemaafan inah semuanya akan kembali jernih.

Firman Allah,: tolong menolonglah kamu dijalan kabaikan dan janganlah kamu bercerai berai.

Mun Allah mujuk peluang berkalik-kalik sapai ajal naw menjelma, lekenah telaw susah gik mujuk peluang anaw mungkin baru pertama kalik. Jagaklah parei telaw, saudara seislam dan semua masyarakat dengan taqwa dan keimanan. Ingat gaya madrasah ramadhan anaw pengak dilalui dan mengajar telaw untuk jadei insan anaw bertaqwa.

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!

Timbalan YDP PAS Kawasan Bintulu,
Anaq Vaei, ZHARUDIN NARUDIN DAN ISTERI SERTA KELUARGA
_________________________________________________________________________________________

Assalamualaikum W.B.T

"تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ صِيَامنا وَ صِيَامكم"
"Taqabballallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dengan kesempatan ini, marilah kita melahirkan sebanyak-banyak syukur kepada Allah azzawajalla. Dengan mendoakan diri kita agar terus istiqamah melakukan kebaikan yang dilakukan dlm Bulan ramadhan untuk dipraktikkan dlm bulan2 yg mendatang sehingga bertemu ramadhan yg seterusnya. Jadikanlah nama2 kita tercatat sebagai org yg sentiasa melakukan kebaikan kerana Islam yg syumul akan tertegak dengan kebaikan yg kita lakukan. Sekian. Siiru ala barakatillah.

Fiderus Husaini
KETUA PEMUDA PAS Kawasan Bintulu.
_________________________________________________________________________________________

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.....Walillahilhamdu..

Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu (DMPKB) mengucapkan Salam Aidilfitri & Salam Kasih Sayang kepada semua umat islam, khususnya masyarakat Islam di Bintulu. Bersama meraikan Syawal ini dengan penuh ketaqwaan dan kesederhanaan.
Dalam meraikan perkara yg sunat ini janganlah kita abaikan perkara yang wajib seperti solat, aurat, batasan pergaulan & syariat.
Jangan juga dilupa nasib umat islam lain yg sedang menderita.
#saveGAZA#

TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM
~ semoga Allah menerima semua amalan kita ~
♥Ikhlas drp Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu ♥
_________________________________________________________________________________________

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, July 27, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi