Merujuk kepada kenyataan Adenan Satem yang mahu Parti dari Semenanjung untuk tidak berada di negeri ni, Timbalan Ketua Pemuda (TKP) Pas Sarawak Zharudin Narudin juga ingin menambah cadangan agar Barisan Nasional (BN) Sarawak juga dibubarkan kerana ianya juga merupakan komponen Parti yang dibentuk di Semenanjung. Malah BN Sarawak lah Komponen Parti yang bersekongkol dengan Parti-parti Semenanjung seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain yang gagal menyelesaikan masalah rakyat Sarawak. Sebagai anak Sarawak, kita berasa malu mempunyai Ketua Menteri yang bersifat tertutup seperti nya walaupun dengan alasan menjaga kedaulatan Negeri ini. Negeri yang kaya ini patut mempunyai Ketua dan barisan menteri yang cekap dalam pengurusan masalah rakyat.

“ Kalau dia (Adenan Satem) mencadangkan agar PAS, DAP dan PKR keluar, saya juga sebagai anak jati Sarawak mahu BN Sarawak dibubarkan dan biarlah komponen parti mereka itu dibentuk dengan nama dan oleh orang Sarawak sendiri”

“ Sepatutnya mereka memberi tumpuan dengan pembangunan rakyat, sehingga kini apa yang mampu di tonjol oleh Adenan Satem hanya lah; menghalang individu tertentu dari masuk ke sarawak, bersorak melaungkan ingin kenaikan royalti, pembahagian hasil samarata kepada negeri Sarawak, semua ini hanyalah retorik sahaja. Belum ada satu bukti yang dia (Adenan satem) dapat mengambil kembali hak kita orang Sarawak.”

“ Saya menyeru semua rakyat Sarawak menilai benar-benar semua kenyataan beliau selama ini, sehingga sekarang tidak ada berlaku terutama royalti dan peningkatan pembahagian hasil kepada Sarawak oleh Pusat, yang kita dengar ucapan dan kenyataan mencari popular sahaja. Tumpukan dahulu untuk dapatkan apa yang anda (Adenan Satem) suarakan, baru anda bercakap soal untuk keluarkan sesiapa dari Sarawak ini.”

“ kita sepatutnya memberi sokongan kepada anak-anak Sarawak yang terlibat dalam mana-mana parti di Sarawak, tidak kira ianya ditubuh dimana asalkan ianya dipimpin anak tempatan dan bersama membawa agenda yang baik untuk Sarawak. kepelbagaian inilah nanti sebagi “check and balance” untuk pentadbiran negeri ini. Jika kita bersifat tertutup percayalah, inilah permulaan kemerosotan pentadbiran negeri kerana Ketua Menteri takut dan gagal untuk menguruskan kepelbagaian ini”

Zharudin Narudin berkata demikian setelah dihubungi media ekoran kenyataan tidak sihat oleh Ketua Menteri Sarawak itu sambil menambah, PAS Sarawak dengan kepimpinan anak tempatan yang mebawa agenda intipati dari ajaran Islam akan tetap bersama rakyat Sarawak dengan membantu rakyat Sarawak melalui program UNTUKMU SARAWAK. Layari laman Web: www.untukmusarawak.com

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, August 29, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi