Bintulu- PAS Kawasan Bintulu melihat senario politik tempatan yang mahukan kelansungan kepimpinan Islam yang adil, mesra rakyat serta kerap turun melihat dan menyelesaikan masalah rakyat untuk berada di Dun Jepak. Pengarah Jabatan Pilihanraya (JPRK) PAS Kawasan Bintulu (PKB) Eng.Zharudin Narudin berkata, PKB telah secara rasmi wujud dan didaftarkan pada tahun 2010 . Sejak tempoh tersebut sehingga sekarang Isyarat dan respon positif diterima dari orang-orang tempatan dengan wujudnya Parti berteraskan Islam mengorak langkah di Bintulu atau dikenali sebagai Vaie dalam bahasa tempatan.

“PAS aktif bergerak di Bintulu dengan aktiviti kebajikannya bukan sahaja di musim-musim pilihan raya ataupun perayaan” “Malah sebelum menghadapi Pilihanraya sebelum ini juga PAS mengorak langkah lebih awal bergerak dan memperkenalkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kepada seluruh rakyat Bintulu termasuk golongan non-muslim” Ujar Eng.Zharudin. “ sambutan penduduk rumah-rumah panjang juga menggalakkan, mereka sudah faham perjuangan PAS yang banyak menekankan nilai kebaikan dan kabajikan dari ajaran Islam walaupun pihak tertentu menfitnah PAS dengan manakut-nakutkan masyarakat terhadap PAS” Tambah Eng.Zharudin.

“ Saya suka Parti PAS ada di Bintulu, mereka rajin datang ke kampung-kampung dan malah mereka juga selalu kelihatan berjalan-jalan berjumpa dengan masyarakat di Bandar”- komen dari seorang pengundi jepak berbangsa Melayu.
“ orang PAS juga pandai cakap cina, dan setiap kali Tahun Baru Cina mereka datang rumah” komen Seorang pengundi Cina.
“ Parti PAS suka buat program untuk kaum ibu dan anak-anak di rumah panjang dan kami akan sokong PAS jika mereka bertanding dalam pilihanraya nanti” komen pengundi berbangsa Iban.

PKB akan terus komited membantu dan mengubah hidup rakyat Bintulu melalui Program Untukmu Sarawak yang mendapat sambutan hangat yang tidak diduga dari masyarakat Bintulu dan seluruh rakyat Sarawak. Banyak projek telah disiapkan diseluruh Sarawak, dan fasa kedua dibawah Rancangan Projek Untukmu Sarawak ke-2 (RANCAK KE-2) telah disenaraikan dan akan bermula pada September ini dan berakhir pada Desember 2014.

PKB juga terus komited membantu rakan Pakatan rakyat walaupun Dun Jepak sebelumnya diwakili calon PKR pada pihanraya yang lepas. “sekarang PKB telah punya calon yang sesuai dan kekuatan kita adalah jentera yang ramai dari kalangan orang tempatan, buktinya kita membantu rakan Pakatan Rakyat di Dun Jepak, Dun Kemena dan Dun Kidurong dengan bergerak kerja di UPU majoriti pengundi Islam.” Eng.Zharudin.

“ sekarang rakyat Sarawak bukan mahu mendengar isu ketidakadilan pemimpin sedia ada, tapi rakyat Sarawak mahu menilai siapa yang boleh membantu mereka” Eng.Zharudin.  Maka PAS tampil untuk membantu rakyat Sarawak melaui Program Untukmu Sarawak (UMS) dimana fokus kita melalui Projek Infra Rakyat dan Projek Khidmat Rakyat.
Untuk keterangan lanjut sila layari www.untukmusarawak.com dan like Page Facebook kami: Untukmusarawak-PAS Sarawak Official.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, September 10, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi