Bintulu- 27 September 2014.

Project Team Untukmu Sarawak Wilayah Tengah yang diketuai oleh Pengurus Projeknya En.Fiderus Husaini hari ini telah selamat menyampaikan sumbangan basikal kepada pelajar terpilih dari sekolah rendah dekat Kampung Sebuan Besar dan Kampung Jepak Hulu.

Turut hadir sama ialah Pengarah Projek Untukmu Sarawak Eng.Zharudin Narudin, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bintulu Tn.Hj.Kiprawi Aman dan Yang Dipertua PAS Bintulu Eng. Mohd Azwani Rani.

Dua Pelajar terpilih tersebut ialah Ammar Bin Abdullah dan Abbiyierra Niriasya Nurulshazeqa.

"Ini adalah agihan pertama kita dalam negeri Sarawak, dan kita akn agihkan kepada seluruh negeri Sarawak selepas ini."-Eng.Zharudin Narudin

" Untuk bulan oktober depan kita akn agihkan Basikal ini ke kawasan Wilayah Selatan( Kuching-kota Samarahan) dan Wilayah Utara(Miri-Lawas)"Eng.Zharudin Narudin

" Kriteria pemilihan kita adalah untuk pelajar-pelajar miskin, anak yatim piatu, ibu bapa yang berpendapatan dibawah rm500 atau tidak berpendapatan tetap serta pelajar tersebut tidak memikiki apa-apa kenderaan ke sekolah serta jarak antara rumah dan sekolah adalah lebih 800 mtr-1km."Eng.Zharudin Narudin.

Projek Basikal Rakyat ini adalah sebuah projek baru I-Care Komuniti dibawah RANCANGAN PROJEK UNTUKMU SARAWAK KE-2 atau RANCAK 2, dimana tempoh perlaksanaan RANCAK 2 ini adalah dari September - Desember 2014.

"PAS Sarawak akan terus mara kedepan menyantuni masyarakat melalui kebajikan, kerana politik masa kini adalah politik penilaian dan persepsi oleh masyarakat. Masyarakat Sarawak sebenarnya mahu kebajikan mereka terjaga"-Tn.Hj.Kiprawi Aman

"Kerana itu biarlah PAS Sarawak dikenali oleh masyarakat sebagai penjaga kebajikan masyarakat Sarawak kerana persepsi inilah yang akan memperkuatkan PAS di arena politik Sarawak. Kita juga akan meneruskan bantuan ini ke seluruh kawasan kediaman dan kampung-kampung termasuk kawasan bukan Islam, kerana semua kita adalah rakyat Sarawak dan PAS komited dengan usaha untuk mengharmonikan masyarakat majmuk di Sarawak. Kekuatan kita begitu ketara di Sarawak ini adalah kerana sokongan yang kuat oleh masyarakat bukan Islam, buktinya di Sibuti dahulu ketika kita bertanding di PRU 13 dan semakin kukuh dengan adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak."
Eng.Zharudin Narudin yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak.

" Kami mengalu-alukan penyertaan dari bukan Islam didalam PAS, dan anda diluar sana usah risau kerana selama DHPP ini tertubuh didalam PAS, ahli-ahlinya setia menyokong perjuangan PAS dan mereka merasa PAS tidak pernah menindas kaum yang menganuti agama selain dari Islam. Slogan PAS For All itu sangat relevan dan PAS Sarawak akan terus bekerja mendepani masalah rakyat." kata Eng.Mohd Azwani Rani yang juga Bendahari PAS Negeri Sarawak.

Untuk Maklumat lanjut sila like FB Page kami: Untukmu Sarawak-PAS Sarawak Official atau layari laman web kami di: www.untukmusarawak.com

Laporan dipetik dari Untukmu Sarawak

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, September 27, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi