Bersama wartawan Abu Azam, menemuramah seorang tokoh muda Bintulu, Saudara Fiderus Husaini. Beliau merupakan penggerak utama mobilisasi membantu masyarakat dalam menigkatkan sosio ekonomi masyarakat, menigkatkan kesedaran jatidiri dan program-program kebajikan masyarakat. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) Bintulu.

Soalan 1: Kenapa anda memilih PAS sebagai platform?

PAS sahaja gerakan politik, pendidikan, ekonomi, kebajikan, budaya dan semuanya yang berlandaskan Quran Dan sunah di Malaysia. Kalau tolak PAS, maka tiada lagi gerakan yang berusaha memartabatkan Islam dalam negara secara sempurna.

Soalan 2: PAS dilabel sebagai parti dari semenanjung, apa pendapat anda?

Semuanya adalah persepsi semata-semata. Di labelkan parti semenanjung kerana itu diulang-ulang oleh berita-berita atau media kerajaan BN. Orang sangat percaya TV. Kita mesti menilai berdasarkan fakta, dan bukannya persepsi. Pesuruhjaya PAS Sarawak,  Hj Adam, orang Sarawak. Ketua Pemuda Sarawak, Saudara Arif, orang Sarawak, saya sendiri, Ketua Pemuda Bintulu, orang Sarawak.  Dan bukan dasar PAS untuk rompak hasil sesuatu tempat untuk dibawa ke tempat lain seperti yang diamalkan BN.

Soalan 3: Bukankah PAS adalah parti Islam, sesuaikah dengan Sarawak yang majoriti penduduknya bukan islam?

Kalau PBB boleh, insyaAllah PAS juga boleh. Bahkan, PAS bawakan Islam sebagimana yang dibawa Rasulullah, yang bersifat "Rahmat Untuk Semua", bukan untuk bangsa-bangsa tertentu sahaja.

Soalan 4: Kenapa anda merasakan penduduk Sarawak khususnya Bintulu perlu menyokong PAS?

PAS tidak ada janji-janji yang di tabur kepada rakyat atau masyarakat sekiranya menyokong PAS. Tetapi, sekiranya selesa dengan kesempitan hidup angkara kroni-kroni yang memakan harta Sarawak, teruslah menyokong BN. Hanya orang yang berani sahaja yang ingin melihat perubahan masa depan yang sejahtera di Sarawak.

Soalan 5: Apakah contoh kejayaan PAS Bintulu dalam membantu masyarakat setempat?

Pelbagai program atau penyelesaian yang di buat oleh PAS dalam membantu masyarakat di Bintulu, contohnya program Untukmu Sarawak yang membantu menyelesaikan insfratruktur dan khidmat masyarakat bagi membantu menyelesaikan isu2-isu kemiskinan. Selain itu , PAS juga berjaya membentuk anak-anak muda di Bintulu yang mengimarahkan rumah Allah melalui pelbagai aktiviti dan kuliah-kuliah agama. Terbentuknya anak muda yang berakhlak dan peribadi yang mantap akan melahirkan generasi berintegriti yang akan memimpin suatu hari kelak.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, October 11, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi