Belanjawan 2015 telah dibentangkan pada awal bulan yang lalu, dan semalam, kupasan dan perbincangan menarik berkaitan dengannya terasa masak.

Bagi yang memerhati, hampir keseluruhan adalah belanjawan kitarsemula semenjak beberapa tahun yang lalu. Untuk ku ceritakan isi perbincangan semalam, bimbang pembaca akan menyampah kerana ia akan menjadi huraian akademik yang panjang. Pun begitu, ia boleh disimpulkan untuk difikirkan bersama.

Individu perlu ada perancangan kewangan, samalah dengan keluarga, begitu juga kerajaan, sama sahaja. Senang difahami bukan? Jadi mari kita bukakan minda dan fikirkan.

Belanjawan yang buruk adalah perancangan perbelanjaan melebihi pendapatan, manakala belanjawan yang baik adalah perancangan perbelanjaan, berpatutan dengan pendapatan. Katakan pada situasi tertentu, belanjawan defesit terpaksa juga dilakukan, perancang (baca:kerajaan) perlu memikirkan bagimana jangka sederhana dan panjang pendapatan boleh ditingkatkan, atau perbelanjaan boleh dijimatkan.

Apakah kita dapat lihat dalam belanjawan negara? Bayangkan, saban tahun, kerajaan terus menerus menabur gula-gula untuk mendiamkan rakyat, sedangkan sebahagian besar peruntukan pergi ke sektor-sektor yang dimiliki kroni-kroni, perbelanjaan menteri-menteri yang tidak munasabah dan sektor-sektor yang sekadar 'added value' contohnya PLKN dan PERMATA, berbanding keperluan seharian rakyat.

Maka, jika kita melakukan unjuran, pakar-pakar ekonomi akan dapat menjangka, negara akan muflis dalam selang beberapa tahun sahaja lagi. Maka apa harus kita hanya menanti dan menyalahkan takdir apabila wang dalam KWSP suatu hari nanti dibekukan dari dikeluarkan, atau semua perkhidmatan di swastakan bagi menjimatkan perbelanjaan, namun si perompak terus bersenang-lenang membazir wang rakyat

Fikir-fikirkan.

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Tuesday, October 21, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi