Saban tahun, sambutan Maal Hujrah dirayakan di negara kita. Suatu sambutan yang amat bermakna yang setidak-tidaknya terus menjadi syiar yang diperingati disebalik sekian banyak peristiwa-peristiwa Islam yang telah dilupakan.

Apakah peristiwa hijrah Rasulullah menjadi batu tanda (mile stone) kemuncak kejayaan? Atau apakah ia permulaan kejayaan kepada ketamadunan manusia?

Jika dikatakan permulaan kejayaan, bukankah sebelum peristiwa hijrah, telah terdapat banyak kejayaan tercatat pada lembaran sejarah.  Kelahiran Rasulullah suatu peristiwa, perletakan Hajar al Aswad dan mengelakkan perperangan bani arab suatu peristiwa, wahyu pertama suatu peristiwa, pengislaman Khadijah r.a, pengislaman Abu Bakar, hijrah pertama, hijrah ke Habsyah, Perjanjian Aqabah dan banyak lagi peristiwa. Namun kenapa tarikh-tarikh ini tidak dipilih sebagai tarikh permulaan takwim (calender) Islam?

Ia membuktikan Hijrah merupakan titik penting dalam sejarah Islam. "Kita boleh fahami bahawa, kebanyakan peristiwa penting sebelum hijrah bersifat kejayaan individu atau pihak tertentu, namun kejayaan hijrah pula adalah kejayaan membentuk 'Kerajaan Islam' yang dari situ lahir peristiwa-peristiwa penting yang banyak dan bercabang-cabang" ulas Hj Kiprawi Aman.

Jelas, selepas hijrahlah wujud sistem pertahanan, sistem pengurusan kenegaraan, sistem perlembagaan, sistem melibatkan kewangan dan kemasyarakatan dan banyak lagi.

"Jadi, peristiwa Hijrah tidak seharusnya dinokhtahkan sebagaimana cerita-cerita dongeng 'happy ending story' dimana bahagialah selamanya apabila Si Hero/Heroine telah berjaya mendapatkan pasangannya, khazanah selepas peristiwa Hijrah mesti dikaji dan dijadikan panduan".

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Monday, October 20, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi