BINTULU - Seluruh anggota Unit Amal Bintulu dikerah dalam keadaan bersiap siaga menghadapi gelombang banjir sebagaimana pengalaman yang lalu.

"Insyaallah seluruh anggota kita (Unit Amal Bintulu) bersedia menyumbang masa dan tenaga membantu masyarakat yang memerlukan", ujar Saudara Zabidi, ketua Unit Amal Bintulu.

Turut hadir dalam majlis kordisasi bantuan banjir adalah anggota Unit Amal dan para sukarelawan. "Kita turut menjemput pemuda-pemuda, para sukarelawan dan siapa sahaja yang ingin turut serta merasai pengalaman misi bantuan untuk bersama kami", tambah beliau.

Sesiapa yang memiliki maklumat mana mana keluarga yang memerlukan bantuan mencuci, mengangkat dan sebagainya, atau ingin turut membantu boleh menghubungi saudara Zabidi (0138588458), atau saudara Fiderus (0168596891).

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, November 22, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi