Pada 1 Disember 2014, harga minyak untuk RON95 dan RON97 telah dikurangkan sebanyak empat sen dan sembilan sen masing-masing kepada RM2.26 dan RM2.46. Walau bagaimanapun, harga diesel naik sebanyak tiga sen kepada RM2.23. Subsidi untuk petrol RON95 dan diesel telah dimansuhkan dan harga akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti harga pasaran global.
 
Walaupun harga RON95 dan RON97 menurun tapi kesan dari kenaikan harga diesel boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan pengangkutan awam. Kebanyakan kenderaan berat yang menggunakan diesel seperti lori, bas, kapal dan sebagainya pasti akan menaikkan kos untuk menampung pembelanjaan akibat kenaikan harga diesel. Begitu juga dengan penduduk luar bandar yang masih menggunakan diesel untuk generator dan bot akan menerima kesan dengan kenaikan harga diesel.
 
Pihak kerajaan perlu memikir kesan jangka panjang akibat kenaikan harga diesel tanpa subsidi sebab kos pengangkutan serta tambang pengangkutan awam pasti akan meningkat juga kerana mereka terpaksa menaikkan caj pengangkutan untuk menampung kos pembelanjaan mereka.

PAS KAWASAN BINTULU

Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Tuesday, December 2, 2014
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi