BINTULU, 6 April 2011- PAS Cawangan Jepak telah menganjurkan majlis barbeku pada 6 April yang lalu. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpulkan warga belia Kampung Jepak, dalam masa yang sama merapatkan ukhuwah.
Acara dimulai dengan ucapan oleh Ketua PAS Cawangan Jepak, iaitu saudara Zharudin. Dalam ucapan beliau, beliau mengajak anak-anak muda untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil belia Kampung Jepak, iaitu saudara Safarudin. Saudara Safarudin menyeru anak-anak muda untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS untuk menegakkan agama Allah.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Setiausaha PAS Kawasan Bintulu. Acara kemuncak pada malam itu ialah penyerahan borang penyertaan ahli PAS 20 orang belia Jepak kepada Setiausaha Kawasan. Dalam masa yang sama, pasukan futsal PAS Cawangan Jepak juga berjaya ditubuhkan.
X CUKUP KAT SEMENANJUNG PAS NI....WALAUPUN DA MEMANG TAHU YANG MEREKA NI X MAMPU MANYAINGI PARTI LAIN...TAPI KENAPA PAS NI NAK BEKERJASAMA DENGAN PARTI PKR N DAP SEDANGKAN SEORANG PRESIDEN PAS SENDIRI PERNAH KATA KALAU KITA BEKERJASAMA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM TU HARAM?????TAPI HAKIKATNYA SEKARANG???? PAS YANG TOLONG PARTI TU??? KORANG NAK KE JADI MACAM PULAU PINANG???