Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts



Bintulu, 3 Dis - Sempena lawatan YB Khalid Samad ke Bintulu, satu ceramah kelompok telah berjaya diadakan, bertempat di rumah YDP.

Ucapan beliau banyak mengulas dan mengingatkan hadirin tentang bahang Pilihanraya ke 13 yang bakal tiba. Beliau juga berkongsi berkenaan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Ceramah kali ini disertai oleh ahli-ahli cawangan dan juga aktivis-aktivis Pakatan Rakyat.

posted from Bloggeroid

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, December 3, 2011
0 comments
categories: , | edit post


BINTULU, 7 Nov: Bersama sama umat Islam seluruh dunia, PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan majlis korban bertempat di Markas PAS Jepak.

Aktiviti melapah, memotong daging dan tulang, membungkus dan mengagihkan daging yang melibatkan penduduk kampung tersebut telah merapatkan lagi ukhuwah di antara para petugas PAS dan penduduk setempat.

Di samping itu, semangat korban yang ditunjukkan para petugas sememangnya menyuburi ibadah korban tersebut.

Tidak terhenti sekadar itu, program diteruskan lagi di sebelah malamnya dengan aktiviti ceramah kelompok dan jamuan daging korban.

Semoga perjuangan Islam akan berkembang subur dengan segala pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap anggotanya.

Read More
Posted by Abu Zaid on Tuesday, November 8, 2011

Bintulu, 14 Ogos - Sekali PAS Kawasan Bintulu, kali ini dengan kerjasama PAS Cawangan Syakirin turun menemui masyarakat dalam program ziarah Ramadhan siri 2 1432H.

Dalam kesempatan yang sama, sukarelawan PAS sempat menziarahi mangsa kebakaran di Kg Assyakirin Fasa 2. Mereka ditempatkan di Tabika Perpaduan buat sementara waktu. Seramai 6 keluarga terlibat, dan Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak kami difahamkan bahawa punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sejurus selepas menziarahi mangsa kebakaran, rombongan ziarah diteruskan ke rumah-rumah di sekitar Kg Assyakirin Fasa 1 dan 2. Kebanyakan mereka yang diziarahi adalah ibu-ibu tunggal. Hasil perbualan dengan mereka, mereka menyatakan bahawa bantuan dari Jabatan Kebajikan datang hanya sekali sekala sahaja. Diharap pihak berkenaan dapat mengambil serius mengenai perkara ini.

Semoga usaha-usaha kecil ini mendapat redha Allah. PAS untuk semua!

Ketua Cawangan Syakirin sedang memerhatikan luka kesan lecur seorang mangsa kebakaran
Rumah terbakar di Kg Assyakirin Fasa 2


Salah seorang penerima sumbangan

Beramal kerana Allah!



Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, August 14, 2011





Bintulu, 7 Ogos - PAS Cawangan Jepak dengan kerjasama PAS Kawasan Bintulu, telah sama-sama turun ke Cawangan Jepak bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk Kg Jepak dan Kuala Tatau yang memerlukan.

Seramai 10 keluarga diziarahi, dalam usaha merapatkan silaturrahim dengan penduduk tempatan, juga merealisasikan tema "Negara Berkebajikan".

Semoga usaha-usaha seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, August 13, 2011


Pada 16 Julai yang lalu, PAS Cawangan Jepak dengan kerjasama Pemuda PAS Sarawak telah mengadakan ziarah kebajikan di sekitar Kampung Jepak. Ziarah ini turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak dan beberapa AJK Pemuda PAS Sarawak.

Dalam siri ziarah kali ini, sejumlah 5 keluarga telah diziarahi dengan sedikit sumbangan telah diserahkan sebagai tanda penghargaan kepada keluarga terbabit di atas kesudian menerima kunjungan PAS disamping mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terbabit.


Diharapkan semoga program seumpama ini diteruskan di masa-msa akan datang.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/86-negeri-sarawak/4457-pemuda-pas-sarawak-terus-berbakti

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, July 22, 2011

Bintulu,23 Jun- Pada Sabtu dan Ahad yang lepas(18-19 Jun 2011), Pemuda Pas Cawangan Jepak dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Bintulu telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup N58 Jepak. Sebanyak 34 pasukan yang terdiri daripada lelaki sahaja telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Antara objektif program ini adalah bagi menggalakkan aktiviti bersukan dan pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara penduduk dan juga pemimpin. Melalui program seperti ini juga dapat melahirkan bakat-bakat baru yang mempunyai peluang tinggi untuk digilap dimana program seperti ini sebagai medium bagi golongan ini meningkatkan kemahiran dan menimba pengalaman.
Upacara penyampaian telah disampaikan oleh YDP Pas Bintulu, M Syarizal Maksir. Kategori yang dipertandingkan adalah dalam acara beregu.



Barisan pemenang Kejohanan Badminton Tertutup N58 Jepak
bersama YDP Pas Bintulu.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak(DPPNS) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pemuda Pas Cawangan Jepak dan Pas Kawasan Bintulu kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Harapan di peringkat DPPNS agar lebih banyak lagi program yang seperti ini akan diadakan dalam usaha melahirkan belia dan golongan muda yang bukan sahaja sihat dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental dan rohani. Secara tidak langsung membuktikan bahawa PAS adalah medium adalah yang terbaik dalam melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berakhlak mulia dan berwawasan tinggi. 

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, June 22, 2011

BINTULU, 9 April - PAS Cawangan Jepak buat pertama kali menempa sejarah apabila mendapat tempat ke-3 di dalam Pertandingan Futsal yang dianjurkan oleh Badan Kerajaan sempena Karnival Mesra Belia Sarawak Zon 11 Peringkat DUN N58 Jepak (Kategori Lelaki). Ini adalah kali pertama penyertaan PAS Cawangan Jepak dalam pertandingan futsal. PAS Cawangan Jepak baru berusia tiga minggu sejak penubuhannya dirasmikan semasa Hi-Tea PAS Bintulu bulan lepas.




PAS Kawasan Bintulu mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Jepak atas usaha mereka menarik golongan belia untuk mendekati Islam melalui PAS. Ini berbeza dengan pendekatan PBB dan BN yang menarik golongan muda dan belia dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan berfaedah seperti pertandingan karaoke, ratu kebaya dan sebagainya. Ini sekaligus membuktikan bahawa PAS adalah wadah yang sesuai dan terbaik untuk belia dan golongan muda untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Monday, April 11, 2011
0 comments
categories: , | edit post


BINTULUU, 11 April 2011 - Seramai 70 orang kanak-kanak membanjiri markas PAS cawangan Jepak semalam untuk menyertai Pertandingan Mewarna dan Sukaneka anjuran PAS kawasan Bintulu. Aktiviti ini telah menarik ramai ibu bapa hadir bagi menyaksikan gelagat anak-anak mereka.

Disamping itu, khidmat kesihatan percuma turut desediakan kepada golonga dewasa dan kaunter pendaftaran ahli PAS turut dibuka bagi memudahkan proses pendafataran ahli. Tahniah kepada PAS kawasan Bintulu kerana telah berjaya menarik sejumlah besar pengundi mendaftar sebagai ahli PAS yang akan bersama-sama PAS dan PAKATAN RAKYAT dalam mengubah nasib penduduk Sarawak Bumi Kenyalang.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, April 10, 2011


BINTULU, 6 April 2011- PAS Cawangan Jepak telah menganjurkan majlis barbeku pada 6 April yang lalu. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpulkan warga belia Kampung Jepak, dalam masa yang sama merapatkan ukhuwah.

Acara dimulai dengan ucapan oleh Ketua PAS Cawangan Jepak, iaitu saudara Zharudin. Dalam ucapan beliau, beliau mengajak anak-anak muda untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil belia Kampung Jepak, iaitu saudara Safarudin. Saudara Safarudin menyeru anak-anak muda untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS untuk menegakkan agama Allah.


Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Setiausaha PAS Kawasan Bintulu. Acara kemuncak pada malam itu ialah penyerahan borang penyertaan ahli PAS 20 orang belia Jepak kepada Setiausaha Kawasan. Dalam masa yang sama, pasukan futsal PAS Cawangan Jepak juga berjaya ditubuhkan.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on
1 comments
categories: , | edit post

Calon Pakatan Rakyat (PKR), Hj Abdul Jalil telah menziarahi masyarakat Iban di rumah-rumah panjang di Kuala Tatau bersama En. Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat. Beliau pergi ke setiap rumah-rumah panjang dengan menaiki bot. Ini membuktikan bahawa calon Pakatan Rakyat ini amat berjiwa rakyat.


PAS Bintulu berharap masyarakat Sarawak dapat melakukan perubahan dengan mengundi calon Pakatan Rakyat, iaitu Haji Abdul Jalil bin Bujang pada 16 April ini... Dari rakyat untuk rakyat... Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!!!

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on

BINTULU, 26 Mac 2011 - Sekali lagi siri ceramah kelompok berjaya dianjurkan di Kampung Jepak. Tujuan ceramah ini adalah untuk memperkenalkan pengundi-pengundi di Jepak kepada pimpinan-pimpinan PAS. Hampir 30 orang penduduk Kg Jepak dari pelbagai lapisan masyarakat hadir di majlis ini.



Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, April 8, 2011
0 comments
categories: , | edit post


BINTULU, 26 Mac 2011 - PAS Bintulu telah berjaya menganjurkan majlis Hi Tea pada hari Sabtu yang lepas. Majlis ini merupakan julung-julung kali dianjurkan di Bintulu. Kira-kira seramai 200 orang tetamu hadir pada majlis tersebut.

Istimewanya majlis ini, ia dihadiri oleh beberapa orang pimpinan dan wakil rakyat PAS seperti YB Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Khalil Idham Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong dan Mr Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat. Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan oleh wakil-wakil dari PKR dan DAP Bintulu.

Dalam majlis yang sama juga, YB Salahuddin Ayub menyerahkan watikah penubuhan cawangan kepada ketua-ketua cawangan di Bintulu, seperti di Jepak, Kidurong dan Kg Asyakirin.



Semoga majlis ini menjadi pemangkin dalam semangat membawa perubahan di Sarawak ini.
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on
0 comments
categories: , | edit post

Pada 26 Mac yang lepas, PAS Kawasan Bintulu telah menerima jemputan bertandang ke rumah Tn Hj Kiprawi, Ketua PAS Cawangan Kidurong, Bintulu. Antara yang hadir ke majlis ringkas ini ialah YB Salahuddin Ayub, YB Khalil Idham Lim, Mr Hu Pang Chaw, Setiausaha Pas Kawasan Bintulu dan DMPKB, Ketua PAS Cawangan Kg Jepak dan pimpinan PAS Bintulu yang lain.


Sehubungan dengan itu, PAS Bintulu merafakkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Kiprawi dan keluarga di atas layanan kesediaan menerima kehadiran kami. PAS Bintulu berharap agar ukhuwwah yang terjalin ini dapat dieratkan lagi untuk kita sama-sama menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional di Bintulu ini, seterusnya membina Negara Berkebajikan yang diimpikan PAS dan Pakatan Rakyat.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on
0 comments
categories: | edit post



Pada 25 Mac yang lepas, PAS Bintulu telah menganjurkan Majlis Barbeque bersama parti komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR di Markas PAS Kg Jepak. Majlis barbeque ini telah diserikan lagi oleh kehadiran Mr Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan calon N58 dari Parti KeADILan Rakyat, Hj Abdul Jalil. Majlis ini berjaya menghimpunkan pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat Bintulu sekaligus membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat Bintulu komited untuk menumbangkan Barisan Nasional di DUN Jepak.


Dari rakyat... Untuk Rakyat....
Ubah Sekarang... Selamatkan Malaysia!!!

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Thursday, April 7, 2011

BINTULU 26 Feb. - PAS Bintulu dan Pakatan Rakyat Bintulu sekali lagi mencipta sejarah apabila mengadakan program khidmat masyarakat di rumah panjang hari ini. Sambutan memberangsangkan yang diterima dari masyarakat Iban di rumah-rumah panjang yang dilawati sebelum ini telah menaikkan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat Bintulu mampu untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Iban. Program khidmat masyarakat pada kali ini telah diadakan di Rh Salang berdekatan dengan pekan Tatau.


Antara program menarik yang disediakan kepada penduduk Rh Salang ialah khidmat kesihatan percuma, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah. Khidmat kesihatan percuma yang diadakan di perkarangan ruang tamu Rh Salang, antara lain menawarkan pemeriksaan tekanan darah, jantung, kencing manis, termasuk rawatan kesihatan bagi kanak-kanak. Bertemakan konsep PAS Dekat di Hati, program ini mendapat sambutan yang agak luar biasa dengan kehadiran ramai penduduk yang terdiri dari golongan tua dan muda yang tidak mahu melepaskan peluang memeriksa tahap kesihatan masing-masing.



Pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori 5-9 tahun dan 10-14 tahun. Seramai lebih kurang 20 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna ini. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh wakil tuai rumah dan juga Pengarah Program, Sdr Aizan. Manakala, cabutan bertuah telah disampaikan oleh Hj Abd Jalil Bin Bujang.



Menurut Pengarah Program, Sdr Aizan, pihaknya akan mengadakan program khidmat kesihatan ini dari semasa ke semasa kerana selain dapat membantu masyarakat, ia juga dapat merapatkan hubungan PAS dengan masyarakat setempat yang selama ini mendapat maklumat yang salah mengenai parti itu.

"Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian semua pihak yang bersama berusaha menjayakan program ini, terutama sekali kepada para doktor yang telah sanggup melapangkan sedikit masa," kata beliau.


Seorang penduduk yang ditemui, Yenny a/k Utong, 43, menganggap usaha murni yang dilakukan oleh PAS Bintulu ini patut dicontohi oleh pihak lain dan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membantu masyarakat.

Ima a/k Pengada, 55, pula berpendapat bahawa melalui program sebegini beliau yakin konsep 'Negara Kebajikan' yang diwar-warkan oleh PAS akan menjadi kenyataan sekiranya diberi peluang memerintah negara pada Pilihan Raya Umum nanti.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, February 26, 2011


PAS Bintulu buat julung kalinya telah mengadakan jamuan rakyat untuk penduduk Kg Jepak. Jamuan rakyat kali ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara PAS Bintulu dan pengundi di Kg Jepak.

Abang Jalil bersama Pengundi Kg Jepak

Gambar-gambar boleh diperolehi dari laman Facebook PAS Kawasan Bintulu:

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, February 20, 2011
0 comments
categories: | edit post

Pada hujung minggu yang lepas, PAS Kawasan Bintulu dan PKR Cabang Bintulu sekali lagi turun padang bertemu masyarakat Iban di rumah panjang di Rh Gisa, Tatau. Namun, perjalanan ke rumah panjang pada kali ini sangat mencabar kerana jalannya yang tidak bertar dan berbukit-bukau. Kenderaan ahli PAS  terpaksa diberhentikan di tepi jalan dan kami kemudiannya menaiki "4 Wheels Drive" untuk sampai ke Rh Gisa.




Walaupun Barisan Nasional menerusi parti komponen utamanya PBB dan SUPP telah mentadbir Sarawak selama lebih 50 tahun, naumn infrastruktur dan kemudahan asas masyarakat Sarawak masih lagi di takuk lama. Kami difahamkan, anak-anak masyarakat Iban menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk pergi ke sekolah di Pekan Tatau. Van sewa yang masuk ke dalam kawasan ini mengenakan caj yang mahal.




Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna dan saringan kesihatan. Program PAS Dekat di Hati kali ini mendapat sambutan menggalakkan dari tuai rumah dan penduduk Rh Gisa.





PAS Kawasan Bintulu berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi di rumah-rumah panjang yang lain dan juga di kampung-kampung tradisi masyarakat Melayu dan Melanau. Program seumpama ini dapat mendekatkan masyarakat dengan Pakatan Rakyat khususnya PAS Kawasan Bintulu.

PAS Kawasan Bintulu menyeru rakyat Sarawak untuk sama-sama mengundi PAS di DUN Jepak sewaktu pilihanraya DUN Sarawak yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Jom Ubah!!! Selamatkan Sarawak dan Malaysia!!!

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, February 18, 2011

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi