Showing posts with label Bintulu. Show all posts
Showing posts with label Bintulu. Show all posts


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Bintulu serta seluruh kepimpinan dewan-dewan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, khususnya umat Islam di Bintulu.

Di ambang menyambut kemenangan ini, ayuhlah sama-sama kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat iman dan Islam yang kita kecapi selama ini. Usah dilupakan saudara-saudara seaqidah kita di Palestin, Syria dan Rohingya yang sedang berjuang mempertahankan agama tercinta ini.

Bagi yang memandu, berhati-hati di jalanraya. Semoga Allah melindungi kita semua.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.


SAFF KEPIMPINAN

PAS Kawasan Bintulu
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu
Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu


Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Thursday, August 16, 2012



Tahun Baru 2012 menjelma. Semoga sambutan tahun baru kali ini disambut dengan lebih mengingati Dia. Panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana kita masih diberi peluang untuk melangkah ke tahun baru, dengan azam baru, Insyaallah.

Zharudin Narudin
Ketua Pemuda PAS Kawasan Bintulu

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, December 31, 2011
0 comments
categories: , , | edit post


Selamat menyambut Maal Hijrah 1433H daripada PAS Kawasan Bintulu dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu. Sama-sama kita berhijrah ke arah negara berkebajikan.


Zharudin Narudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Tuesday, November 29, 2011
0 comments
categories: , , | edit post


BINTULU, 7 Nov: Bersama sama umat Islam seluruh dunia, PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan majlis korban bertempat di Markas PAS Jepak.

Aktiviti melapah, memotong daging dan tulang, membungkus dan mengagihkan daging yang melibatkan penduduk kampung tersebut telah merapatkan lagi ukhuwah di antara para petugas PAS dan penduduk setempat.

Di samping itu, semangat korban yang ditunjukkan para petugas sememangnya menyuburi ibadah korban tersebut.

Tidak terhenti sekadar itu, program diteruskan lagi di sebelah malamnya dengan aktiviti ceramah kelompok dan jamuan daging korban.

Semoga perjuangan Islam akan berkembang subur dengan segala pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap anggotanya.

Read More
Posted by Abu Zaid on Tuesday, November 8, 2011

Bintulu, 14 Ogos - Sekali PAS Kawasan Bintulu, kali ini dengan kerjasama PAS Cawangan Syakirin turun menemui masyarakat dalam program ziarah Ramadhan siri 2 1432H.

Dalam kesempatan yang sama, sukarelawan PAS sempat menziarahi mangsa kebakaran di Kg Assyakirin Fasa 2. Mereka ditempatkan di Tabika Perpaduan buat sementara waktu. Seramai 6 keluarga terlibat, dan Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak kami difahamkan bahawa punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sejurus selepas menziarahi mangsa kebakaran, rombongan ziarah diteruskan ke rumah-rumah di sekitar Kg Assyakirin Fasa 1 dan 2. Kebanyakan mereka yang diziarahi adalah ibu-ibu tunggal. Hasil perbualan dengan mereka, mereka menyatakan bahawa bantuan dari Jabatan Kebajikan datang hanya sekali sekala sahaja. Diharap pihak berkenaan dapat mengambil serius mengenai perkara ini.

Semoga usaha-usaha kecil ini mendapat redha Allah. PAS untuk semua!

Ketua Cawangan Syakirin sedang memerhatikan luka kesan lecur seorang mangsa kebakaran
Rumah terbakar di Kg Assyakirin Fasa 2


Salah seorang penerima sumbangan

Beramal kerana Allah!



Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, August 14, 2011





Bintulu, 7 Ogos - PAS Cawangan Jepak dengan kerjasama PAS Kawasan Bintulu, telah sama-sama turun ke Cawangan Jepak bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk Kg Jepak dan Kuala Tatau yang memerlukan.

Seramai 10 keluarga diziarahi, dalam usaha merapatkan silaturrahim dengan penduduk tempatan, juga merealisasikan tema "Negara Berkebajikan".

Semoga usaha-usaha seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, August 13, 2011


Pada 16 Julai yang lalu, PAS Cawangan Jepak dengan kerjasama Pemuda PAS Sarawak telah mengadakan ziarah kebajikan di sekitar Kampung Jepak. Ziarah ini turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak dan beberapa AJK Pemuda PAS Sarawak.

Dalam siri ziarah kali ini, sejumlah 5 keluarga telah diziarahi dengan sedikit sumbangan telah diserahkan sebagai tanda penghargaan kepada keluarga terbabit di atas kesudian menerima kunjungan PAS disamping mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terbabit.


Diharapkan semoga program seumpama ini diteruskan di masa-msa akan datang.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/86-negeri-sarawak/4457-pemuda-pas-sarawak-terus-berbakti

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, July 22, 2011

Separuh bulan telah berlalu,
kiraan selepas Nisfu Syaaban,
sebelum Ramadhan tiba di bintulu,
banyakkan zikir, bacalah Quran

Allah s.w.t. berfirman :

"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"
(al-Baqarah :2)



Allah telah menurunkan al-Quran yang cukup sempurna, (tidak ada keraguan padanya) kepada seluruh manusia di muka bumiNya. Sempurnanya al-Quran itu, Allah menerangkan kisah ujian-ujian yang dihadapi oleh nabi-nabi yang terdahulu kepada kaum-kaum yang jahil agar kita mengambil pengajaran, penceritaan tentang kejadian manusia, nasihat serta akhlak yang perlu diikuti, hukum-hukum dan lain-lain.

Diturunkan al-Quran itu pada bulan Ramadhan yang mulia sebagai petunjuk dan rujukan kita sepanjang hidup sehingga tibanya hari kiamat. Bila susah bacalah al-Quran, nescaya Allah memberi petunjuk pada ayat yang dibaca. Bila senang bacalah al-Quran, agar kita sentiasa rendah diri terhadap Pencipta yang Agung,

Daripada Abu Umaamah r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya"
(hadith riwayat Muslim)

Oleh itu, PAS Kawasan Bintulu mengajak seluruh warga Bintulu bersama-sama menghidupkan saki-baki bulan Syaaban dengan perbanyakkan bacaan al-Quran agar ia menjadi amalan yang dirindui dan tidak sanggup ditinggalkan pada Bulan Ramadhan yang cukup mulia.

wALLAHua'lam

RINDU RAMADHAN, RINDU QURAN
"countdown : 13 HARI LAGI"

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Monday, July 18, 2011

Abdul Rahim Sabri
Jun 28, 11
1:16pm
PAS Sarawak kini sudah mengenalpasti empat kerusi parlimen yang mahu ditandingi mereka dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

NONESetiausaha PAS negeri Fidzuan Zaidi berkata, kerusi tersebut adalah Petrajaya, Bintulu, Batang Lupar dan Miri.

"Subjek itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat negeri itu terlebih dahulu sebelum dimajukan ke peringkat pusat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Dalam pilihan raya negeri yang berlangsung April lalu, PAS bertanding di lima kerusi DUN. Walaupun memperoleh pertambahan undi berbanding pilihan raya pada 2006, parti itu bagaimanapun tewas di semua tempat.

Sementara itu, bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi, PAS Sarawak juga menampilkan dua muka baru dalam barisan kabinetnya.

Mesyuarat yang berlangsung di Markas PAS negeri di Matang Jaya di Kuching semalam memilih komposisi ulama, profesional serta aktivis.

"(Ia) bakal mengorak perubahan mantap PAS Sarawak demi untuk membantu kemenangan PAS dan Pakatan menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti," kata ketua penerangan Mohd Azwani Abd Rani.

NONETokoh baru yang dilantik adalah ketua penerangannya Mohd Azwani dan pengarah pilihan raya Dr Ahmad Jolhi.

Mohd Azwani merupakan seorang jurutera manakala Dr Ahmad adalah pengamal perubatan homeopati.

Berikut senarai kepimpinan PAS Sarawak sesi 2011-2013:

Pesuruhjaya: Adam Ahid
Timb Pesuruhjaya 1: Syukri Ahmad Fauzi
Timb Pesuruhjaya2: Ahmad Hashim
Timb Pesuruhjaya 3 : Jofri Jaraiee
Setiausaha: Fidzuan Zaidi
Pen Setiausaha 1: Mursyidi Hasan
Pen Setiausaha 2: Syamsul Bahri Ahmad
Pen Setiausaha 3: Zurina Ahmad
Bendahari: Nazri Somat
Penolong Bendahari: Halim Ahmad
Ketua Pemuda: Mohd Arifiriazul Paijo
Ketua Muslimat: Sharifah bt Abdul Latif
Ketua Penerangan: Ir Mohd Azwani Abd Rani
Pengarah Pilihan Raya: Dr Ahmad Jolhi

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Tuesday, June 28, 2011


Umat Islam diseru supaya berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini. Semangat jihad perlu diterapkan ke dalam masyarakat agar terpelihara daripada fahaman keduniaan yang telah sebati dengan BN dan secara terus-menerus didakyahkan kepada rakyat. Hanya dengan semangat jihad yang tinggi sahaja mampu menyelamatkan umat. Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Ustaz Abdul Ghani Samsuddin kepada sekalian yang hadir dalam satu majlis ceramah anjuran PAS Kawasan Bintulu pada 25 Jun yang lalu.

Ustaz Abdul Ghani Samsuddin, AJK PAS Pusat telah berada di Bintulu pada 25-26 Jun yang lalu. Beliau yang juga merupakan Ketua Lujnah ICT PAS Pusat telah hadir bersama rombongannya dari Jabatan IT PAS Pusat untuk mengisi Konensyen IT & Pengurusan peringkat PAS Sarawak yang telah diadakan di Bintulu. PAS Kawasan Bintulu telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi program tersebut.

Read More
Posted by Abu Zaid on Monday, June 27, 2011

Harakahdaily
Rusli Yasmin

BINTULU, 27 Jun: Perhubungan PAS Sarawak dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) berjaya menganjurkan Konvensyen IT & Pengurusan selama dua hari berakhir semalam.

Program itu diadakan di sebuah hotel di sini yang dirasmikan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin.

Program ini juga disertai oleh 50 orang petugas IT dari kawasan Miri, Bintulu, Sibu, Petrajaya, Batang Lupar dan Batang Sadong di Sarawak.

Abdul Ghani dalam ucapannya berkata petugas-petugas ICT perlu menyedari tanggungjawab dan amanah Allah dengan berusaha mengadakan kursus, seminar dan latihan IT yang berkala di semua peringkat PAS Sarawak serta mempertingkatkan koordinasi antara ICT PAS Sarawak dengan ICT PAS Pusat.

Beliau turut menyarankan diadakan “engagement” dan kolaborasi yang berkesan diantara ICT dan penerangan untuk pemberitaan elekronik dan media baru, selain dengan jabatan pilihanraya seperti yang dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada bulan April yang lepas.

Beliau berharap tenaga pakar IT yang datang dari Jabatan IT PAS Pusat (JITP) dapat memperturunkan ilmu dan pengalaman mereka melalui aplikasi-aplikasi pengurusan dan pilihanraya serta e-media kepada tenaga-tenaga muda IT di Sarawak agar mereka dapat menjadi tulang belakang kepada PAS Sarawak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Turut hadir adalah Fidzuan Zaidi, Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak, Suhaimi Embong, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat dan Ali Murad, Pengarah Jabatan IT PAS Sarawak.

Read More
Posted by Abu Zaid on

Bintulu,23 Jun- Pada Sabtu dan Ahad yang lepas(18-19 Jun 2011), Pemuda Pas Cawangan Jepak dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Bintulu telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup N58 Jepak. Sebanyak 34 pasukan yang terdiri daripada lelaki sahaja telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Antara objektif program ini adalah bagi menggalakkan aktiviti bersukan dan pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara penduduk dan juga pemimpin. Melalui program seperti ini juga dapat melahirkan bakat-bakat baru yang mempunyai peluang tinggi untuk digilap dimana program seperti ini sebagai medium bagi golongan ini meningkatkan kemahiran dan menimba pengalaman.
Upacara penyampaian telah disampaikan oleh YDP Pas Bintulu, M Syarizal Maksir. Kategori yang dipertandingkan adalah dalam acara beregu.



Barisan pemenang Kejohanan Badminton Tertutup N58 Jepak
bersama YDP Pas Bintulu.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak(DPPNS) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pemuda Pas Cawangan Jepak dan Pas Kawasan Bintulu kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Harapan di peringkat DPPNS agar lebih banyak lagi program yang seperti ini akan diadakan dalam usaha melahirkan belia dan golongan muda yang bukan sahaja sihat dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental dan rohani. Secara tidak langsung membuktikan bahawa PAS adalah medium adalah yang terbaik dalam melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berakhlak mulia dan berwawasan tinggi. 

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, June 22, 2011


BINTULUU, 11 April 2011 - Seramai 70 orang kanak-kanak membanjiri markas PAS cawangan Jepak semalam untuk menyertai Pertandingan Mewarna dan Sukaneka anjuran PAS kawasan Bintulu. Aktiviti ini telah menarik ramai ibu bapa hadir bagi menyaksikan gelagat anak-anak mereka.

Disamping itu, khidmat kesihatan percuma turut desediakan kepada golonga dewasa dan kaunter pendaftaran ahli PAS turut dibuka bagi memudahkan proses pendafataran ahli. Tahniah kepada PAS kawasan Bintulu kerana telah berjaya menarik sejumlah besar pengundi mendaftar sebagai ahli PAS yang akan bersama-sama PAS dan PAKATAN RAKYAT dalam mengubah nasib penduduk Sarawak Bumi Kenyalang.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, April 10, 2011

PAS Bintulu membuktikan semangat Pakatan Rakyat apabila mengiringi calon Pakatan Rakyat di Jepak dan Kidurong. DUN N58 Jepak menyaksikan pertandingan 5 penjuru di antara BN (PBB), Pakatan Rakyat (PKR), SNAP dan calon-calon bebas, manakala di DUN N59 Kidurong menyaksikan hanya pertandingan satu lawan satu di antara BN (SUPP) dengan Pakatan Rakyat (DAP).




PAS Bintulu mengharapkan rakyat Bintulu untuk memilih calon Pakatan Rakyat pada 16 April ini. Ini kerana, Sarawak memerlukan perubahan dan sentuhan dari pemimpin yang adil, bukan korup seperti ADUN cabuk cicak mengkarung seperti ADUN BN/PBB/SUPP/SPDP.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on


BINTULU, 6 April 2011- PAS Cawangan Jepak telah menganjurkan majlis barbeku pada 6 April yang lalu. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpulkan warga belia Kampung Jepak, dalam masa yang sama merapatkan ukhuwah.

Acara dimulai dengan ucapan oleh Ketua PAS Cawangan Jepak, iaitu saudara Zharudin. Dalam ucapan beliau, beliau mengajak anak-anak muda untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil belia Kampung Jepak, iaitu saudara Safarudin. Saudara Safarudin menyeru anak-anak muda untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS untuk menegakkan agama Allah.


Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Setiausaha PAS Kawasan Bintulu. Acara kemuncak pada malam itu ialah penyerahan borang penyertaan ahli PAS 20 orang belia Jepak kepada Setiausaha Kawasan. Dalam masa yang sama, pasukan futsal PAS Cawangan Jepak juga berjaya ditubuhkan.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on
1 comments
categories: , | edit post

Calon Pakatan Rakyat (PKR), Hj Abdul Jalil telah menziarahi masyarakat Iban di rumah-rumah panjang di Kuala Tatau bersama En. Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat. Beliau pergi ke setiap rumah-rumah panjang dengan menaiki bot. Ini membuktikan bahawa calon Pakatan Rakyat ini amat berjiwa rakyat.


PAS Bintulu berharap masyarakat Sarawak dapat melakukan perubahan dengan mengundi calon Pakatan Rakyat, iaitu Haji Abdul Jalil bin Bujang pada 16 April ini... Dari rakyat untuk rakyat... Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!!!

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on

BINTULU, 26 Mac 2011 - Sekali lagi siri ceramah kelompok berjaya dianjurkan di Kampung Jepak. Tujuan ceramah ini adalah untuk memperkenalkan pengundi-pengundi di Jepak kepada pimpinan-pimpinan PAS. Hampir 30 orang penduduk Kg Jepak dari pelbagai lapisan masyarakat hadir di majlis ini.



Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, April 8, 2011
0 comments
categories: , | edit post


BINTULU, 26 Mac 2011 - PAS Bintulu telah berjaya menganjurkan majlis Hi Tea pada hari Sabtu yang lepas. Majlis ini merupakan julung-julung kali dianjurkan di Bintulu. Kira-kira seramai 200 orang tetamu hadir pada majlis tersebut.

Istimewanya majlis ini, ia dihadiri oleh beberapa orang pimpinan dan wakil rakyat PAS seperti YB Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Khalil Idham Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong dan Mr Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat. Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan oleh wakil-wakil dari PKR dan DAP Bintulu.

Dalam majlis yang sama juga, YB Salahuddin Ayub menyerahkan watikah penubuhan cawangan kepada ketua-ketua cawangan di Bintulu, seperti di Jepak, Kidurong dan Kg Asyakirin.



Semoga majlis ini menjadi pemangkin dalam semangat membawa perubahan di Sarawak ini.
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on
0 comments
categories: , | edit post

BINTULU 26 Feb. - PAS Bintulu dan Pakatan Rakyat Bintulu sekali lagi mencipta sejarah apabila mengadakan program khidmat masyarakat di rumah panjang hari ini. Sambutan memberangsangkan yang diterima dari masyarakat Iban di rumah-rumah panjang yang dilawati sebelum ini telah menaikkan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat Bintulu mampu untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Iban. Program khidmat masyarakat pada kali ini telah diadakan di Rh Salang berdekatan dengan pekan Tatau.


Antara program menarik yang disediakan kepada penduduk Rh Salang ialah khidmat kesihatan percuma, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah. Khidmat kesihatan percuma yang diadakan di perkarangan ruang tamu Rh Salang, antara lain menawarkan pemeriksaan tekanan darah, jantung, kencing manis, termasuk rawatan kesihatan bagi kanak-kanak. Bertemakan konsep PAS Dekat di Hati, program ini mendapat sambutan yang agak luar biasa dengan kehadiran ramai penduduk yang terdiri dari golongan tua dan muda yang tidak mahu melepaskan peluang memeriksa tahap kesihatan masing-masing.



Pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori 5-9 tahun dan 10-14 tahun. Seramai lebih kurang 20 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna ini. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh wakil tuai rumah dan juga Pengarah Program, Sdr Aizan. Manakala, cabutan bertuah telah disampaikan oleh Hj Abd Jalil Bin Bujang.



Menurut Pengarah Program, Sdr Aizan, pihaknya akan mengadakan program khidmat kesihatan ini dari semasa ke semasa kerana selain dapat membantu masyarakat, ia juga dapat merapatkan hubungan PAS dengan masyarakat setempat yang selama ini mendapat maklumat yang salah mengenai parti itu.

"Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian semua pihak yang bersama berusaha menjayakan program ini, terutama sekali kepada para doktor yang telah sanggup melapangkan sedikit masa," kata beliau.


Seorang penduduk yang ditemui, Yenny a/k Utong, 43, menganggap usaha murni yang dilakukan oleh PAS Bintulu ini patut dicontohi oleh pihak lain dan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membantu masyarakat.

Ima a/k Pengada, 55, pula berpendapat bahawa melalui program sebegini beliau yakin konsep 'Negara Kebajikan' yang diwar-warkan oleh PAS akan menjadi kenyataan sekiranya diberi peluang memerintah negara pada Pilihan Raya Umum nanti.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, February 26, 2011

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi