Umat Islam diseru supaya berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini. Semangat jihad perlu diterapkan ke dalam masyarakat agar terpelihara daripada fahaman keduniaan yang telah sebati dengan BN dan secara terus-menerus didakyahkan kepada rakyat. Hanya dengan semangat jihad yang tinggi sahaja mampu menyelamatkan umat. Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Ustaz Abdul Ghani Samsuddin kepada sekalian yang hadir dalam satu majlis ceramah anjuran PAS Kawasan Bintulu pada 25 Jun yang lalu.
Ustaz Abdul Ghani Samsuddin, AJK PAS Pusat telah berada di Bintulu pada 25-26 Jun yang lalu. Beliau yang juga merupakan Ketua Lujnah ICT PAS Pusat telah hadir bersama rombongannya dari Jabatan IT PAS Pusat untuk mengisi Konensyen IT & Pengurusan peringkat PAS Sarawak yang telah diadakan di Bintulu. PAS Kawasan Bintulu telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi program tersebut.
0 comments