Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu melalui ketua pemudanya,saudara Zharuddin Naruddin ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa cina khususnya di kawasan Bintulu.

Semoga ikatan persaudaraan kita sesama manusia akan terus berkekalan demi keharmonian dan kesepaduan yang kukuh sebagai sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Monday, January 23, 2012
0 comments
categories: , | edit post



Tahun Baru 2012 menjelma. Semoga sambutan tahun baru kali ini disambut dengan lebih mengingati Dia. Panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana kita masih diberi peluang untuk melangkah ke tahun baru, dengan azam baru, Insyaallah.

Zharudin Narudin
Ketua Pemuda PAS Kawasan Bintulu

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, December 31, 2011
0 comments
categories: , , | edit post


Selamat menyambut Maal Hijrah 1433H daripada PAS Kawasan Bintulu dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu. Sama-sama kita berhijrah ke arah negara berkebajikan.


Zharudin Narudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Tuesday, November 29, 2011
0 comments
categories: , , | edit post


BINTULU, 7 Nov: Bersama sama umat Islam seluruh dunia, PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan majlis korban bertempat di Markas PAS Jepak.

Aktiviti melapah, memotong daging dan tulang, membungkus dan mengagihkan daging yang melibatkan penduduk kampung tersebut telah merapatkan lagi ukhuwah di antara para petugas PAS dan penduduk setempat.

Di samping itu, semangat korban yang ditunjukkan para petugas sememangnya menyuburi ibadah korban tersebut.

Tidak terhenti sekadar itu, program diteruskan lagi di sebelah malamnya dengan aktiviti ceramah kelompok dan jamuan daging korban.

Semoga perjuangan Islam akan berkembang subur dengan segala pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap anggotanya.

Read More
Posted by Abu Zaid on Tuesday, November 8, 2011

Kuching, 08 Oktober 2011 - Bajet tidak menyeluruh dan menyentuh hati rakyat, begitulah yang disifatkan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) dan tidak terkejut dengan pengumuman Bajet 2012 oleh Perdana Menteri semalam, kerana ia bersifat defensif dan ingin menyelamatkan kedudukan Barisan Nasional yang kini terdesak dengan pelbagai isu yang dirungkai oleh rakyat Malaysia. Mereka sudah tiada pilihan lain untuk menyelamatkan kedudukan mereka melainkan dengan mengumumkan bajet yang sebenarnya tidak menyuluruh dan menyentuh segenap masyarakat terutamanya golongan muda.

Adalah tidak dinafikan juga bajet besifat berulang dari kerajaan itu sebenarnya adalah tidak lebih hanya ingin memancing undi dari golongan tertentu  antara ialah bantuan kepada bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seramai 4,300 orang inipun diberi secara one-off. Dimanakah peruntukan untuk golongan muda? Yang jelas dan secara langsung menyentuh semua lapisan golongan muda di Negara ini kerana tidak Nampak bagaimanakah semua peruntukan tersebut diagihkan seperti sebelum ini. Yang jelas sehingga kini ramai lagi dari golongan diatas tidak merasa peruntukan tersebut sperti yang sedia ada sebelum ini.

Bajet semalam juga cuba menambah bebanan golongan muda dan berpendapatan rendah dan sederhana dengan meningkatkan jumlah pinjaman rumah pertama kepada RM400 ribu daripada RM200 ribu. Dala masa yang sama tahap pendapatan rakyat  masih sama dan akan meningkatkan jumlah hutang rakyat dan membebankan rakyat. Selain daripada itu PM juga cuba menyelitkan atau menemplak Pakatan rakyat melelui isu-isu tertentu tetapi tidak berhasil kerana rakyat sebenarnya ingin mendengar pengumuman bajet bukannya ceramah yang mengutuk pembangkang dan juga “angkat bakul sendiri” walaupun sebenarnya pembaharuan dalam beberapa perkara yang diumumkan oleh BN itu sebenarnya daripada Pakatan Rakyat yang juga rakyat Malaysia.

Selain itu, peruntukan khas kepada Sabah dan Sarawak juga tidak menyeluruh, hanya sekadar memberi dan meneruskan peruntukan Jalan raya dan memperbaharui peruntukan koridor tenaga. Semua perkara ini jelas hanya akan menguntungkan wakil rakyat daripada rakyat itu sendiri yang menikmatinya. Perkara-perkara tersebut bukanlah baru bagi rakyat Sarawak, kerana kesusahan rakyat Sarawak telah lama mereka rasai sendiri walaupun peruntukan disediakan. Jelas inilah peruntukan yang tidak adil dan menyeluruh. DPPNS juga mohon penjelasan adakah ini yang dikatakan bajet transformasi untuk rakyat? Maka DPPNS berpendapat, Bajet Pakatan Rakyat adalah lebih baik dan menyeluruh untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Zharudin Narudin
Ketua Penerangan DPPNS

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, October 7, 2011
0 comments
categories: , , | edit post

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berlaku jahat dan keji, dan mengatakan kepada Allah apa yang tidak kamu ketahui.”
Al-Baqarah: 168-169

Kepada semua umat Islam khasnya di Bintulu, PAS Kawasan Bintulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga sebulan puasa kita dapat membentuk peribadi muslim yang bertakwa dan mendapat keampunan Allah dari segala dosa. 

Berakhirnya Ramadhan memberi makna bahawa kita kembali bebas untuk makan dan menjamu selera semahu kita. Hakikatnya Allah swt telah menjadikan bumi ini penuh dengan sumber yang berguna bagi manusia memenuhi keperluan dan kehendak badannya. Pada masa sama, bagi manusia telah Allah syariatkan supaya apa sahaja makanan kita syaratnya mestilah halal dan baik. Ini akan mendekatkan kita kepada redha Allah melalui jalan yang Allah berkati. Makanan yang haram dan tidak baik akan membawa kepada jalan syaitan; ini menjauhkan kita dari redha Allah melalui jalan yang dimurkai Allah. 

Adapun langkah syaitan itu terlalu banyak; merangkumi dari makanan, cara mendapatkannya, berlebihan dalam berbelanja, tamak haloba, kedekut dan pelbagai lagi. Ini perlu kita jaga, agar tidak terjebak sama mengikuti langkah-langkah syaitan yang menjadi musuh kita.
Buanglah sikap kita yang tamak mengejar kekayaan dunia, sikap yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan jiran tetangga, sikap yang menjurus kepada langkah syaitan kerana itu semua adalah perkara yang jahat dan keji. Balasan bagi perkara yang jahat dan keji adalah neraka andai tiada disusuli dengan taubat dan keampunan Allah. 

Menggunakan kuasa yang diamanahkan untuk mengaut keuntungan diri sendiri dan keluarga adalah satu daripada langkah-langkah syaitan. Islam melarang pemimpin mengumpul harta melalui pengaruh dan kuasa yang ada kerana kuasa itu adalah amanah yang perlu dijaga. Pemimpin dilantik untuk menjadi pagar bagi memelihara harta; tetapi sebaliknya pagar yang makan padi. 

Bukanlah jawatan sebagai wakil rakyat atau menteri itu sebagai kerja untuk mencari makan. Adalah salah jika merebut jawatan sebagai pemimpin masyarakat untuk mencari makan. Pemimpin dibayar gaji dan elaun bulanan untuk menyara hidupnya dan keluarga; hanya itu sahaja haknya. Selebihnya adalah hasil yang perlu diurus dan dijaga bagi memastikan kepentingan awam terpelihara. 

Maka, bersempena dengan Aidilfitri yang mulia ini, PAS Kawasan Bintulu mengajak semua rakyat Sarawak dan Bintulu khasnya supaya kita memulakan kehidupan yang baru dengan sama-sama kita menjaga diri dan keluarga supaya sentiasa mendapat makanan yang halal dan baik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabbal Allahu Minna wa Minkum, Kullu Aam wa Antum bi Khair.

YDP PAS Kawasan Bintulu

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Sunday, August 28, 2011
0 comments
categories: , | edit post

PAS Kawasan Bintulu mengucapkan takziah di atas pemergian Dr. Lo' Lo' bt Mohd Ghazali ke rahmatullah malam tadi. Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru.

Allayarhamah merupakan ahli Parlimen Titiwangsa, Selangor. Beliau merupakan seorang pejuang yang sungguh-sungguh memperjuangkan Islam. Beliau sangat komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugas beliau, sehingga ke saat-saat akhir pun, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung Baru yang sedang beliau perjuangkan.

Semoga Allah merahmati mencucuri rahmat keatasnya. Al-Fatihah.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Monday, July 18, 2011
0 comments
categories: | edit post


Umat Islam diseru supaya berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini. Semangat jihad perlu diterapkan ke dalam masyarakat agar terpelihara daripada fahaman keduniaan yang telah sebati dengan BN dan secara terus-menerus didakyahkan kepada rakyat. Hanya dengan semangat jihad yang tinggi sahaja mampu menyelamatkan umat. Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Ustaz Abdul Ghani Samsuddin kepada sekalian yang hadir dalam satu majlis ceramah anjuran PAS Kawasan Bintulu pada 25 Jun yang lalu.

Ustaz Abdul Ghani Samsuddin, AJK PAS Pusat telah berada di Bintulu pada 25-26 Jun yang lalu. Beliau yang juga merupakan Ketua Lujnah ICT PAS Pusat telah hadir bersama rombongannya dari Jabatan IT PAS Pusat untuk mengisi Konensyen IT & Pengurusan peringkat PAS Sarawak yang telah diadakan di Bintulu. PAS Kawasan Bintulu telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi program tersebut.

Read More
Posted by Abu Zaid on Monday, June 27, 2011

Harakahdaily
Rusli Yasmin

BINTULU, 27 Jun: Perhubungan PAS Sarawak dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) berjaya menganjurkan Konvensyen IT & Pengurusan selama dua hari berakhir semalam.

Program itu diadakan di sebuah hotel di sini yang dirasmikan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin.

Program ini juga disertai oleh 50 orang petugas IT dari kawasan Miri, Bintulu, Sibu, Petrajaya, Batang Lupar dan Batang Sadong di Sarawak.

Abdul Ghani dalam ucapannya berkata petugas-petugas ICT perlu menyedari tanggungjawab dan amanah Allah dengan berusaha mengadakan kursus, seminar dan latihan IT yang berkala di semua peringkat PAS Sarawak serta mempertingkatkan koordinasi antara ICT PAS Sarawak dengan ICT PAS Pusat.

Beliau turut menyarankan diadakan “engagement” dan kolaborasi yang berkesan diantara ICT dan penerangan untuk pemberitaan elekronik dan media baru, selain dengan jabatan pilihanraya seperti yang dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada bulan April yang lepas.

Beliau berharap tenaga pakar IT yang datang dari Jabatan IT PAS Pusat (JITP) dapat memperturunkan ilmu dan pengalaman mereka melalui aplikasi-aplikasi pengurusan dan pilihanraya serta e-media kepada tenaga-tenaga muda IT di Sarawak agar mereka dapat menjadi tulang belakang kepada PAS Sarawak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Turut hadir adalah Fidzuan Zaidi, Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak, Suhaimi Embong, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat dan Ali Murad, Pengarah Jabatan IT PAS Sarawak.

Read More
Posted by Abu Zaid on

PAS Kawasan Bintulu mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Adam Ahid atas lantikan semula sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak.



Tahniah juga kepada "hensem boy" Beting Maro, Saudara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, calon PAS di DUN Beting Maro dalam pilihanraya DUN Sarawak yang lalu atas lantikan beliau sebagai AJK PAS Pusat.

Nampaknya aspirasi dari Sarawak telah disahut di peringkat Pusat. PAS Bintulu telah mencalonkan beliau untuk pemilihan AJK PAS Pusat dalam Muktamar PAS ke-57 yang lalu.

Diharapkan agar gandingan peguam muda tersebut bersama dengan pesuruhjaya akan memberi kekuatan kepada PAS Sarawak untuk terus membela nasib rakyat Sarawak.

Tahniah juga kepada PAS Pusat yang telah selesai melantik AJK Kerja bagi sessi 2011-2013. PAS Bintulu melihat gandingan tersebut sebagai mantap dan berketrampilan untuk PAS melangkah menuju pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Senarai penuh AJK Kerja PAS Pusat bagi sessi 2011-2013:

1. PRESIDEN
: YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
2. TIMBALAN PRESIDEN
: TUAN HAJI MOHAMAD SABU
3. NAIB PRESIDEN : YB SALAHUDDIN AYUB
4. NAIB PRESIDEN : YB DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA
5. NAIB PRESIDEN : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
6. KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
7. KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
8. KETUA DEWAN MUSLIMAT : YB SITI ZAILAH YUSOF
9. SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
10. PEN. SETIAUSAHA AGUNG : YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
11. PEN. SETIAUSAHA AGUNG : YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
12. PEN. SETIAUSAHA AGUNG : TUAN AHMAD SABKI YUSUF
13. BENDAHARI PAS PUSAT : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
14. KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
15. KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
16. AHLI JAWATANKUASA KERJA : TUAN MAZLAN ALIMAN
17. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR
18. AHLI JAWATANKUASA KERJA : TUAN HANIPA MAIDIN
19. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR DZULKEFLY AHMAD
20. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR MUJAHID YUSOF RAWA
21. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB HJ KHALID ABD SAMAD
22. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN
23. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB IR AMIRUDDIN HAMZAH
24. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB HJ ABDUL WAHID ENDUT
25. AHLI JAWATANKUASA KERJA : DATO' USTAZ ABU BAKAR CHICK
26. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' USTZ MOHD AMAR ABDULLAH
27. AHLI JAWATANKUASA KERJA : DATO' DR MAHFODZ MOHAMED
28. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR SITI MARIAH MAHMUD
29. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' DR HASSAN MOHAMAD ALI
30. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
31. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO; SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
32. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZAH NURIDAH SALLEH
33. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB NASHARUDIN MAT ISA
34. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ IDRIS AHMAD
35. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI ASMUNI AWI
36. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
37. AHLI JAWATANKUASA KERJA : TUAN ZULKEFLY MOHAMMAD IMAR
38. AHLI JAWATANKUASA KERJA : ABANG AHMAD KERDEE MASAGUS



PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI



1. PESURUHJAYA PAS KELANTAN
: YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
2. PESURUHJAYA PAS TERENGGANU
: YB ABDUL WAHID ENDUT
3. PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
4. PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
5. PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
6. PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
7. PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
8. PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DR ABD RANI OSMAN
9. PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
10. PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : YB MOHD TAUFEK ABDUL GHANI
11. PESURUHJAYA PAS MELAKA : TUAN ADLY ZAHARI
12. PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
13. PESURUHJAYA PAS SABAH : TUAN AMINUDDIN HALIM
14. PESURUHJAYA PAS SARAWAK

: USTAZ HAJI ADAM AHID

Read More
Posted by Abu Zaid on Monday, June 13, 2011
0 comments
categories: , | edit post

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi