Bintulu, 28 September 2011 - Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu (DPPKB) melalui Ketua Pemudanya Zharudin Narudin hari ini menyatakan kekesalannya terhadap wakil rakyat Jepak Datuk Hj. Talip Zulpilip yang nyata selama ini hanya pandai menabur janji manis pilihanrayanya. Turut dinyatakan juga salah satu janji yang tidak tertunai sehingga kini sejak pilihanraya umum Negeri yang lapas adalah projek Jalan semen untuk setiap rumah di kampung sebuan Besar, Sebuan Kecil dan jepak.
“Pada waktu itu saya sendiri didatangi dua orang wakil dari Barisan Nasional untuk menyukat halaman dihadapan rumah saya dan mereka memberitahu saya bahawa ia akan siap sebelum hari mengundi, tapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan” kata Zharudin . Kelibat wakil rakyat yang juga dikenali oleh orang-orang sebagai YB RM5 juga tidak didapati muncul di kampung Jepak ketika adanya masalah sebegini.
“Kami DPPKB menggesa Talip agar turun padang sendiri melihat masalh rakyat, apatah lagi jalan raya utama yang digunakan untuk masuk ke Kampung juga didapati Lampu jalannnya sudah tidak berfungsi, banyak lagi masalah-masalah kemudahan utama tidak diselenggarakan oleh beliau. Adakah ini slogan BN selama ini yang dikatakan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan? Dimanakah hati dan perasaan Hj. Talip terhadap orang-orang kampung Jepak sehingga kini kelibatnya tidak muncul di sini.” Katanya kepada wartawan kami.
Selain dari itu, BN negeri juga harus melihat bagaimana Talip melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat yang tidak berfungsi sama sekali. Apatah lagi Bintulu merupakan nadi utama ekonomi Sarawak dan Malaysia amnya. Ramai orang asing dari luar Bintulu berkunjung kemari namun kecewa apabila melihat satu-satunya kampung warisan di Bintulu ini dibiar tanpa kemudahan awam yang terbaik. Tambahan Talip merupakan Menteri muda Perlancongan Sarawak, namun amat memilukan bagi seluruh rakyat Jepak kerana sehingga kini tiada apa jua usaha untuk mempromosikan kampung ini kepada orang luar.
0 comments