Showing posts with label kebajikan. Show all posts
Showing posts with label kebajikan. Show all posts
BINTULU, 31 Julai - 4 keluarga di Sg Plan telah kehilangan rumah mereka dalam kejadian kebakaran minggu lepas. Atas dasar prihatin, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bintulu segera turun ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.
Semasa ziarah sukarelawan PAS Kawasan Bintulu ke tempat kejadian, penduduk kampung sedang giat membantu membina rumah sementara untuk semua mangsa kebakaran. Kunjungan ziarah kali ini berjaya menyampaikan sedikit bantuan kewangan dan baju untuk mangsa kebakaran. Semoga sumbangan yang sedikit ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan mengurangkan beban mangsa kebakaran.

BINTULU, 7 Nov: Bersama sama umat Islam seluruh dunia, PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan majlis korban bertempat di Markas PAS Jepak.
Aktiviti melapah, memotong daging dan tulang, membungkus dan mengagihkan daging yang melibatkan penduduk kampung tersebut telah merapatkan lagi ukhuwah di antara para petugas PAS dan penduduk setempat.
Di samping itu, semangat korban yang ditunjukkan para petugas sememangnya menyuburi ibadah korban tersebut.
Tidak terhenti sekadar itu, program diteruskan lagi di sebelah malamnya dengan aktiviti ceramah kelompok dan jamuan daging korban.
Semoga perjuangan Islam akan berkembang subur dengan segala pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap anggotanya.
Bintulu, 28 September 2011 - Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu (DPPKB) melalui Ketua Pemudanya Zharudin Narudin hari ini menyatakan kekesalannya terhadap wakil rakyat Jepak Datuk Hj. Talip Zulpilip yang nyata selama ini hanya pandai menabur janji manis pilihanrayanya. Turut dinyatakan juga salah satu janji yang tidak tertunai sehingga kini sejak pilihanraya umum Negeri yang lapas adalah projek Jalan semen untuk setiap rumah di kampung sebuan Besar, Sebuan Kecil dan jepak.
“Pada waktu itu saya sendiri didatangi dua orang wakil dari Barisan Nasional untuk menyukat halaman dihadapan rumah saya dan mereka memberitahu saya bahawa ia akan siap sebelum hari mengundi, tapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan” kata Zharudin . Kelibat wakil rakyat yang juga dikenali oleh orang-orang sebagai YB RM5 juga tidak didapati muncul di kampung Jepak ketika adanya masalah sebegini.
“Kami DPPKB menggesa Talip agar turun padang sendiri melihat masalh rakyat, apatah lagi jalan raya utama yang digunakan untuk masuk ke Kampung juga didapati Lampu jalannnya sudah tidak berfungsi, banyak lagi masalah-masalah kemudahan utama tidak diselenggarakan oleh beliau. Adakah ini slogan BN selama ini yang dikatakan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan? Dimanakah hati dan perasaan Hj. Talip terhadap orang-orang kampung Jepak sehingga kini kelibatnya tidak muncul di sini.” Katanya kepada wartawan kami.
Selain dari itu, BN negeri juga harus melihat bagaimana Talip melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat yang tidak berfungsi sama sekali. Apatah lagi Bintulu merupakan nadi utama ekonomi Sarawak dan Malaysia amnya. Ramai orang asing dari luar Bintulu berkunjung kemari namun kecewa apabila melihat satu-satunya kampung warisan di Bintulu ini dibiar tanpa kemudahan awam yang terbaik. Tambahan Talip merupakan Menteri muda Perlancongan Sarawak, namun amat memilukan bagi seluruh rakyat Jepak kerana sehingga kini tiada apa jua usaha untuk mempromosikan kampung ini kepada orang luar.
Bintulu, 7 Ogos - PAS Cawangan Jepak dengan kerjasama PAS Kawasan Bintulu, telah sama-sama turun ke Cawangan Jepak bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk Kg Jepak dan Kuala Tatau yang memerlukan.
Seramai 10 keluarga diziarahi, dalam usaha merapatkan silaturrahim dengan penduduk tempatan, juga merealisasikan tema "Negara Berkebajikan".
Semoga usaha-usaha seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang.
Pada 16 Julai yang lalu, PAS Cawangan Jepak dengan kerjasama Pemuda PAS Sarawak telah mengadakan ziarah kebajikan di sekitar Kampung Jepak. Ziarah ini turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak dan beberapa AJK Pemuda PAS Sarawak.
Dalam siri ziarah kali ini, sejumlah 5 keluarga telah diziarahi dengan sedikit sumbangan telah diserahkan sebagai tanda penghargaan kepada keluarga terbabit di atas kesudian menerima kunjungan PAS disamping mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terbabit.
Diharapkan semoga program seumpama ini diteruskan di masa-msa akan datang.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/86-negeri-sarawak/4457-pemuda-pas-sarawak-terus-berbakti
BINTULUU, 11 April 2011 - Seramai 70 orang kanak-kanak membanjiri markas PAS cawangan Jepak semalam untuk menyertai Pertandingan Mewarna dan Sukaneka anjuran PAS kawasan Bintulu. Aktiviti ini telah menarik ramai ibu bapa hadir bagi menyaksikan gelagat anak-anak mereka.
Disamping itu, khidmat kesihatan percuma turut desediakan kepada golonga dewasa dan kaunter pendaftaran ahli PAS turut dibuka bagi memudahkan proses pendafataran ahli. Tahniah kepada PAS kawasan Bintulu kerana telah berjaya menarik sejumlah besar pengundi mendaftar sebagai ahli PAS yang akan bersama-sama PAS dan PAKATAN RAKYAT dalam mengubah nasib penduduk Sarawak Bumi Kenyalang.
BINTULU 26 Feb. - PAS Bintulu dan Pakatan Rakyat Bintulu sekali lagi mencipta sejarah apabila mengadakan program khidmat masyarakat di rumah panjang hari ini. Sambutan memberangsangkan yang diterima dari masyarakat Iban di rumah-rumah panjang yang dilawati sebelum ini telah menaikkan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat Bintulu mampu untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Iban. Program khidmat masyarakat pada kali ini telah diadakan di Rh Salang berdekatan dengan pekan Tatau.
Antara program menarik yang disediakan kepada penduduk Rh Salang ialah khidmat kesihatan percuma, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah. Khidmat kesihatan percuma yang diadakan di perkarangan ruang tamu Rh Salang, antara lain menawarkan pemeriksaan tekanan darah, jantung, kencing manis, termasuk rawatan kesihatan bagi kanak-kanak. Bertemakan konsep PAS Dekat di Hati, program ini mendapat sambutan yang agak luar biasa dengan kehadiran ramai penduduk yang terdiri dari golongan tua dan muda yang tidak mahu melepaskan peluang memeriksa tahap kesihatan masing-masing.
Pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori 5-9 tahun dan 10-14 tahun. Seramai lebih kurang 20 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna ini. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh wakil tuai rumah dan juga Pengarah Program, Sdr Aizan. Manakala, cabutan bertuah telah disampaikan oleh Hj Abd Jalil Bin Bujang.
Menurut Pengarah Program, Sdr Aizan, pihaknya akan mengadakan program khidmat kesihatan ini dari semasa ke semasa kerana selain dapat membantu masyarakat, ia juga dapat merapatkan hubungan PAS dengan masyarakat setempat yang selama ini mendapat maklumat yang salah mengenai parti itu.
"Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian semua pihak yang bersama berusaha menjayakan program ini, terutama sekali kepada para doktor yang telah sanggup melapangkan sedikit masa," kata beliau.
"Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian semua pihak yang bersama berusaha menjayakan program ini, terutama sekali kepada para doktor yang telah sanggup melapangkan sedikit masa," kata beliau.
Seorang penduduk yang ditemui, Yenny a/k Utong, 43, menganggap usaha murni yang dilakukan oleh PAS Bintulu ini patut dicontohi oleh pihak lain dan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membantu masyarakat.
Ima a/k Pengada, 55, pula berpendapat bahawa melalui program sebegini beliau yakin konsep 'Negara Kebajikan' yang diwar-warkan oleh PAS akan menjadi kenyataan sekiranya diberi peluang memerintah negara pada Pilihan Raya Umum nanti.
Ima a/k Pengada, 55, pula berpendapat bahawa melalui program sebegini beliau yakin konsep 'Negara Kebajikan' yang diwar-warkan oleh PAS akan menjadi kenyataan sekiranya diberi peluang memerintah negara pada Pilihan Raya Umum nanti.
PAS Kawasan Bintulu telah menziarahi rumah penduduk Kg Seberang, Kuala Tatau sempena cuti Maulidur-Rasul yang lepas. PAS Kawasan Bintulu mengutamakan kebajikan apabila menziarahi rumah seorang penduduk kampung yang mempunyai anak yang masih bayi yang mempunyai masalah penyakit jantung berlubang. PAS Kawasan Bintulu juga telah menziarahi seorang pakcik yang tidak boleh berjalan akibat penyakit yang dihidapinya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharapkan dengan sumbangan kecil dan perkongsian ringkas yang tidak seberapa dari PAS Kawasan Bintulu ini dapat meringankan beban yang ditanggung.
Pada hujung minggu yang lepas, PAS Kawasan Bintulu dan PKR Cabang Bintulu sekali lagi turun padang bertemu masyarakat Iban di rumah panjang di Rh Gisa, Tatau. Namun, perjalanan ke rumah panjang pada kali ini sangat mencabar kerana jalannya yang tidak bertar dan berbukit-bukau. Kenderaan ahli PAS terpaksa diberhentikan di tepi jalan dan kami kemudiannya menaiki "4 Wheels Drive" untuk sampai ke Rh Gisa.
Walaupun Barisan Nasional menerusi parti komponen utamanya PBB dan SUPP telah mentadbir Sarawak selama lebih 50 tahun, naumn infrastruktur dan kemudahan asas masyarakat Sarawak masih lagi di takuk lama. Kami difahamkan, anak-anak masyarakat Iban menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk pergi ke sekolah di Pekan Tatau. Van sewa yang masuk ke dalam kawasan ini mengenakan caj yang mahal.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna dan saringan kesihatan. Program PAS Dekat di Hati kali ini mendapat sambutan menggalakkan dari tuai rumah dan penduduk Rh Gisa.
PAS Kawasan Bintulu berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi di rumah-rumah panjang yang lain dan juga di kampung-kampung tradisi masyarakat Melayu dan Melanau. Program seumpama ini dapat mendekatkan masyarakat dengan Pakatan Rakyat khususnya PAS Kawasan Bintulu.
PAS Kawasan Bintulu menyeru rakyat Sarawak untuk sama-sama mengundi PAS di DUN Jepak sewaktu pilihanraya DUN Sarawak yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Jom Ubah!!! Selamatkan Sarawak dan Malaysia!!!
PAS Kawasan Bintulu menyeru rakyat Sarawak untuk sama-sama mengundi PAS di DUN Jepak sewaktu pilihanraya DUN Sarawak yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Jom Ubah!!! Selamatkan Sarawak dan Malaysia!!!

Sekali lagi, PAS Bintulu berjaya menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma di mana kali ini, bertempat di Jeti Kampung Jepak. Ini merupakan kali kedua PAS Bintulu menganjurkan program sedemikian rupa.


Program ini bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat kira-kira jam 12.00 tengah hari. Selain khidmat kesihatan percuma, edaran kopi, risalah dan belon juga dijalankan. Program ini bukti PAS serius dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat setempat, tidak kira bangsa atau agama. PAS untuk Semua!
PAS Bintulu sekali lagi berjaya mengadakan ceramah kelompok di Markas PAS di Kg Jepak pada Sabtu yang lepas. Ceramah kelompok ini disampaikan oleh rombongan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak yang diketuai oleh Ketua Pemuda Negeri, Sdr Abang Eddy Alyanni Abang Fauzi. Majlis ceramah kelompok ini dihadiri oleh penggerak PAS Kawasan Bintulu dan juga penduduk Kg Jepak.
Antara intipati yang dibincangkan ialah berkenaan pilihanraya DUN Sarawak yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja. Pimpinan DPPNS mencadangkan agar PAS Bintulu berusaha untuk menggembleng usaha mencari tenaga tempatan. Abang Eddy juga mencadangkan kepada HALWA untuk bergerak lebih aktif bagi memberi kefahaman politik kepada golongan wanita di DUN Jepak. Ini amat penting memandangkan golongan pengundi wanita mewakili pecahan nisbah yang besar daripada jumlah keseluruhan pengundi di DUN Jepak.
Menariknya pada ceramah kelompok kali ini, penggerak PAS Bintulu bersama DMPNS dan beberapa penduduk kampung telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan salah seorang penduduk Kg Jepak. PAS Bintulu telah menziarahi keluarga Makcik Sitam yang mengadakan kenduri menyambut menantu di rumah beliau. Majlis perkahwinan berlangsung dengan meriah dan kami disambut oleh tuan rumah ke dalam rumah. PAS Bintulu secara proaktif mengutamakan program inklusif dengan menghadiri kenduri-kendara penduduk Kg Jepak.
Sambutan Tahun Baru Cina bakal diraikan dalam beberapa hari sahaja lagi dengan arnab mengambil alih tahun harimau mengikut Kalendar Lunar. Tahun Arnab dikatakan sebagai tahun yang memberikan kesihatan yang baik, kekayaan dan kemakmuran. Sempena sambutan tersebut, PAS Bintulu mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Bintulu, petugas-petugas PAS Bintulu dan Pakatan Rakyat khususnya kepada kaum Tionghua.
Pagi tadi, PAS Bintulu telah mengedarkan limau mandarin dan risalah kepada masyarakat Bintulu di jeti Bandar Bintulu. Aktiviti seperti ini telah menarik minat penduduk setempat. Ini membuktikan PAS Bintulu mampu untuk menjadi juara aktiviti kebajikan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, sekaligus bertepatan dengan konsep PAS iaitu PAS For All. (PAS Untuk Semua).
Tahun Arnab
Arnab adalah haiwan keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan.
Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain. Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan.
Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan. Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah.
Pagi tadi, PAS Bintulu telah mengedarkan limau mandarin dan risalah kepada masyarakat Bintulu di jeti Bandar Bintulu. Aktiviti seperti ini telah menarik minat penduduk setempat. Ini membuktikan PAS Bintulu mampu untuk menjadi juara aktiviti kebajikan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, sekaligus bertepatan dengan konsep PAS iaitu PAS For All. (PAS Untuk Semua).
Tahun Arnab
Arnab adalah haiwan keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan.
Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain. Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan.Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan. Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah.
Pakatan Rakyat Bintulu sekali lagi mencipta sejarah di rumah panjang dengan mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Rh Entawai di dalam DUN Labang. Kami disambut oleh Tuai Rumah, Encik Entawai dan penduduk rumah panjang. Petugas Pakatan Rakyat Bintulu yang terdiri dari Parti PAS Kawasan Bintulu dan Parti KeADILan Rakyat Cabang Bintulu menaiki bot untuk naik ke atas rumah panjang kerana kawasan rumah panjang ini digenangi air banjir.

Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini dimulakan dengan Program Saringan Kesihatan untuk penduduk rumah panjang. Dalam masa yang sama, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut disediakan. Hadirin juga dihidangkan dengan kopi istimewa iaitu "Kopi Ninja". YDP PAS Bintulu turut memberikan pengisian isu semasa dan lokal untuk penduduk rumah panjang. Di antara isi kupasan yang dilontarkan ialah pemilikan tanah masyarakat Bumiputera yang semakin hari semakin terhakis. Program khidmat masyarakat ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Kami dihidangkan dengan hidangan Umbut, makanan tradisional masyarakat Iban.



Reaksi positif yang diterima dari masyarakat Iban Rh Entawai menaikkan lagi semangat kami untuk menggantikan kerajaan Taib Mahmud. Apatah lagi, bilamana kami merentasi jalan lama Bintulu-Miri yang berlubang-lubang dan rosak dan melihat rumah-rumah setinggan dan rumah panjang yang daif di tepi-tepi jalan. Persoalannya, di manakah harta kekayaan rakyat Sarawak?Sedangkan, Sarawak adalah di antara negeri terkaya mengikut hasil bumi namun diklasifikasikan sebagai negeri ke-4 termisikin di Malaysia. Bintulu sendiri merupakan pengeluar gas asli terbesar di dunia. Tetapi, kehidupan masyarakat Sarawak amnya dan etnik Bumiputera khasnya masih lagi di takuk lama.
Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 billion. Namun, sekitar 70% penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah. Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di sini. (sumber: Malaysiakini)
Pakatan Rakyat Bintulu berharap rakyat Bintulu dapat memberikan PR Bintulu peluang untuk membuat perubahan dalam pilihanraya DUN Sarawak yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 billion. Namun, sekitar 70% penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah. Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di sini. (sumber: Malaysiakini)
Pakatan Rakyat Bintulu berharap rakyat Bintulu dapat memberikan PR Bintulu peluang untuk membuat perubahan dalam pilihanraya DUN Sarawak yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Dalam kesibukan masyarakat Kg Seberang, Kuala Tatau menghadiri majlis kenduri perkahwinan dan memborong barang basah di pasar pagi, kelihatan sebuah khemah di Jeti Kuala Tatau yang turut menempatkan para petugas PAS sudah bersiap siaga menanti para pengunjung untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan dan edaran kopi secara percuma dalam program Khidmat Kesihatan bergerak anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu. Petugas PAS Bintulu juga mengambil peluang menziarahi beberapa buah rumah di Kg Seberang untuk mendekati masyarakat setempat dengan lebih dekat.
Kehadiran PAS di hati masyarakat dan keterbukaannya dalam bekerjasama dengan institusi-institusi masyarakat dan perubatan jelas membuktikan keseriusan PAS Kawasan Bintulu untuk memberikan yang terbaik dari sudut keperluan dan kebajikan masyarakat. Rata-rata pengunjung sangat berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berharap dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Program yang julung-julung kali diadakan ini tamat pada sekitar jam 12.00 tengahari. Sungguhpun terpancar keletihan di wajah, namun senyuman manis tetap terukir di bibir sebagai tanda kenangan. Untuk petugas PAS, tentunya perjuangan masih menunggu untuk persiapan Pilihanraya DUN Sarawak yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Terima kasih semua & jumpa lagi!








