Showing posts with label Jepak. Show all posts
Showing posts with label Jepak. Show all posts

Bintulu, 28 September 2011 - Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu (DPPKB) melalui Ketua Pemudanya Zharudin Narudin hari ini menyatakan kekesalannya terhadap wakil rakyat  Jepak Datuk Hj. Talip Zulpilip yang nyata selama ini hanya pandai menabur janji manis pilihanrayanya. Turut dinyatakan juga salah satu janji yang tidak tertunai sehingga kini sejak pilihanraya umum Negeri yang lapas adalah projek Jalan semen untuk setiap rumah di kampung sebuan Besar, Sebuan Kecil dan jepak. 

“Pada waktu itu saya sendiri didatangi dua orang wakil dari Barisan Nasional untuk menyukat halaman dihadapan rumah saya dan mereka memberitahu saya bahawa ia akan siap sebelum hari mengundi, tapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan” kata Zharudin . Kelibat wakil rakyat yang  juga dikenali oleh orang-orang sebagai YB RM5 juga tidak didapati muncul di kampung Jepak ketika adanya masalah sebegini.

“Kami DPPKB menggesa Talip agar turun padang sendiri melihat masalh rakyat, apatah lagi jalan raya utama yang digunakan untuk masuk ke Kampung juga didapati Lampu jalannnya sudah tidak berfungsi, banyak lagi masalah-masalah kemudahan utama tidak diselenggarakan oleh beliau. Adakah ini slogan BN selama ini yang dikatakan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan? Dimanakah hati dan perasaan Hj. Talip terhadap orang-orang kampung Jepak sehingga kini kelibatnya tidak muncul di sini.” Katanya kepada wartawan kami.

Selain dari itu, BN negeri juga harus melihat bagaimana Talip melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat yang tidak berfungsi sama sekali. Apatah lagi Bintulu merupakan nadi utama ekonomi Sarawak dan Malaysia amnya. Ramai orang asing dari luar Bintulu berkunjung kemari namun kecewa apabila melihat satu-satunya kampung warisan di Bintulu ini dibiar tanpa kemudahan awam yang terbaik. Tambahan Talip merupakan Menteri muda Perlancongan Sarawak, namun amat memilukan bagi seluruh rakyat Jepak kerana sehingga kini tiada apa jua usaha untuk mempromosikan kampung ini kepada orang luar.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Thursday, September 29, 2011
0 comments
categories: , | edit post





Bintulu, 7 Ogos - PAS Cawangan Jepak dengan kerjasama PAS Kawasan Bintulu, telah sama-sama turun ke Cawangan Jepak bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk Kg Jepak dan Kuala Tatau yang memerlukan.

Seramai 10 keluarga diziarahi, dalam usaha merapatkan silaturrahim dengan penduduk tempatan, juga merealisasikan tema "Negara Berkebajikan".

Semoga usaha-usaha seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang.

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Saturday, August 13, 2011


Pada 16 Julai yang lalu, PAS Cawangan Jepak dengan kerjasama Pemuda PAS Sarawak telah mengadakan ziarah kebajikan di sekitar Kampung Jepak. Ziarah ini turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak dan beberapa AJK Pemuda PAS Sarawak.

Dalam siri ziarah kali ini, sejumlah 5 keluarga telah diziarahi dengan sedikit sumbangan telah diserahkan sebagai tanda penghargaan kepada keluarga terbabit di atas kesudian menerima kunjungan PAS disamping mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terbabit.


Diharapkan semoga program seumpama ini diteruskan di masa-msa akan datang.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/86-negeri-sarawak/4457-pemuda-pas-sarawak-terus-berbakti

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Friday, July 22, 2011

Bintulu,23 Jun- Pada Sabtu dan Ahad yang lepas(18-19 Jun 2011), Pemuda Pas Cawangan Jepak dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Bintulu telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup N58 Jepak. Sebanyak 34 pasukan yang terdiri daripada lelaki sahaja telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Antara objektif program ini adalah bagi menggalakkan aktiviti bersukan dan pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara penduduk dan juga pemimpin. Melalui program seperti ini juga dapat melahirkan bakat-bakat baru yang mempunyai peluang tinggi untuk digilap dimana program seperti ini sebagai medium bagi golongan ini meningkatkan kemahiran dan menimba pengalaman.
Upacara penyampaian telah disampaikan oleh YDP Pas Bintulu, M Syarizal Maksir. Kategori yang dipertandingkan adalah dalam acara beregu.



Barisan pemenang Kejohanan Badminton Tertutup N58 Jepak
bersama YDP Pas Bintulu.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak(DPPNS) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pemuda Pas Cawangan Jepak dan Pas Kawasan Bintulu kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Harapan di peringkat DPPNS agar lebih banyak lagi program yang seperti ini akan diadakan dalam usaha melahirkan belia dan golongan muda yang bukan sahaja sihat dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental dan rohani. Secara tidak langsung membuktikan bahawa PAS adalah medium adalah yang terbaik dalam melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berakhlak mulia dan berwawasan tinggi. 

Read More
Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, June 22, 2011

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi