13 Julai, BINTULU - Dewan Pemuda PAS kawasan Bintulu (DPPKB) melantik ketuanya yang baru dalam AGM pemilihan pada tahun ini.
AGM yang telah berlangsung di Markaz Putra ini menggambarkan pengembangan organisasi Dewan Pemuda dengan penambahan bilangan ahli dan kelangsungan kepimpinan. "Kepimpinan pemuda yang baru memberi isyarat pemuda mempunyai ramai tokoh yang mampu diketengahkan, mantan ketua pemuda pula kita calonkan untuk memikul amanah yang lebih besar iaitu peringkat PAS Kawasan dan PAS negeri" ujar Azizi, salah seorang perwakilan AGM tersebut.
Selaras dengan temanya "Pemuda Melangkah Lebih Jauh" 4 usul telah diterima berkenaan penglibatan terhadap perkembangan luar negara, pentarbiahan, pemerkasaan PASTI dan dana PRK Kuala Besut. Manakala 2 cadangan yang telah diterima berkenaan dokumentasi dan penambahbaikan AGM.
Semoga peningkatan DPPKB memberi sinar harapan kepada masyarakat.
Hebat teruskan istiqamah
Syabas & tahniah Pemuda Pas Kawasan Bintulu....teruskan perjuangan.....