Bintulu: Atas dasar rasa sayang dan cinta kepada masyarakat Bintulu, PKB sekali lagi menaikkan Banner bertemakan Kamek Sayang Bintulu-Selamat Kembali Ke Sekolah. Banner kali ini khas ditujukan kepada warga pelajar, pendidik dan tidak dilupakan juga kepada ibu bapa.
Menyedari akan kepentingan pendidikan pada masa kini PKB menyeru kepada ibu bapa dan guru-guru untuk sama-sama berganding bahu mendidik anak-anak Bintulu, seterusnya berjaya mewujudkan komuniti yang aman dan maju.
Buat ibu bapa, pendidikan disekolah hanyalah bekalan bagi anak-anak kita untuk mengharungi dunia (pekerjaan dan sebagainya) namun disana masih banyak lagi yang perlu diberi penekanan terutama pengisian Rohani dan Moral. PKB menyeru kepada ibu bapa agar mengawal tingkah laku dan pergaulan anak-anak agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak bermoral- "Anak adalah harta yang tidak ternilai".


Di dalam Agama Islam sendiri ada menyebutkan akan kepentingan membaca (pelajaran), bahkan ayat pertama diturunkan adalah "Iqra' ( Bacalah)". Justeru, PKB sangat berterima kasih kepada semua golongan yang secara langsung dan tidak langsung telah sama-sama menyumbang kepada perkembangan pendidikan di Bintulu.
Akhir kata, bersama-samalah kita mewujudkan komuniti yang harmoni dan berilmu.


Posted by Parti Islam Se-Malaysia Bintulu on Wednesday, January 13, 2010
categories: edit post

1 Responses to Selamat Kembali Ke Sekolah

  1. muslimah Says:
  2. bagi kefahaman islam (e.g.cerita Rasulullah & sahabat2,sambutan hari kebesaran Islam mengikut takwim hijrah ~bukan hanya sambutan maulidurrasul tanpa penghayatan~) kpd anak2 @ bdk2 sekolah sejak kecil lagi....'melentur buluh biarlah dari rebungnya'

     

Post a Comment

Facebook PAS Bintulu


Selamat Datang

Islamic Calendar

Hubungi Kami

Hubungi admin melalui emel: pasbintulu@gmail.com

Masukkan derma ikhlas anda ke:

Akaun PAS Kawasan Bintulu

Bank Islam Malaysia Berhad

11-031-01-002165-4

Laman Diskusi