Bintulu, 25hb Dis: Sekali lagi PAS Bintulu membuktikan keprihatinan dalam aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak DUN Jepak dengan penganjuran program 'PAS Back to School' pada hari ini.
Seramai 7 orang anak-anak yatim, miskin dan dari keluarga ibu tunggal telah terpilih dalam program yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini. Pelajar-pelajar sekolah ini telah dibawa membeli-belah barangan sekolah mereka di pasaraya-pasaraya sekitar Bandar Bintulu bersama keluarga angkat masing-masing yang terdiri daripada aktivis-aktivis PAS Kawasan Bintulu.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah kanak-kanak itu apabila pelbagai keperluan sekolah mereka dipenuhi di samping layanan mesra aktivis-aktivis PAS yang menjadi keluarga angkat mereka. Antara barang-barang keperluan sekolah yang telah dibeli ialah beg sekolah, pakaian sekolah, kasut, tudung dan buku-buku bacaan serta alatulis.
Program ini adalah salah satu inisiatif PAS Bintulu untuk membantu anak-anak DUN Jepak meningkatkan mutu pendidikan mereka di samping meringankan beban keluarga masing-masing yang kurang berkemampuan dan tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh YB Barisan Nasional DUN Jepak.
Tahniah PAS Bintulu !! saya cadang Pas Bintulu buka akaun supaya orang ramai boleh menderma bagi tingkatkan aktiviti mereka. Saya pasti akan mendapat sambutan hebat.