Pakatan Rakyat Bintulu sekali lagi mencipta sejarah di rumah panjang dengan mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Rh Entawai di dalam DUN Labang. Kami disambut oleh Tuai Rumah, Encik Entawai dan penduduk rumah panjang. Petugas Pakatan Rakyat Bintulu yang terdiri dari Parti PAS Kawasan Bintulu dan Parti KeADILan Rakyat Cabang Bintulu menaiki bot untuk naik ke atas rumah panjang kerana kawasan rumah panjang ini digenangi air banjir.
Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini dimulakan dengan Program Saringan Kesihatan untuk penduduk rumah panjang. Dalam masa yang sama, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut disediakan. Hadirin juga dihidangkan dengan kopi istimewa iaitu "Kopi Ninja". YDP PAS Bintulu turut memberikan pengisian isu semasa dan lokal untuk penduduk rumah panjang. Di antara isi kupasan yang dilontarkan ialah pemilikan tanah masyarakat Bumiputera yang semakin hari semakin terhakis. Program khidmat masyarakat ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Kami dihidangkan dengan hidangan Umbut, makanan tradisional masyarakat Iban.
Reaksi positif yang diterima dari masyarakat Iban Rh Entawai menaikkan lagi semangat kami untuk menggantikan kerajaan Taib Mahmud. Apatah lagi, bilamana kami merentasi jalan lama Bintulu-Miri yang berlubang-lubang dan rosak dan melihat rumah-rumah setinggan dan rumah panjang yang daif di tepi-tepi jalan. Persoalannya, di manakah harta kekayaan rakyat Sarawak?Sedangkan, Sarawak adalah di antara negeri terkaya mengikut hasil bumi namun diklasifikasikan sebagai negeri ke-4 termisikin di Malaysia. Bintulu sendiri merupakan pengeluar gas asli terbesar di dunia. Tetapi, kehidupan masyarakat Sarawak amnya dan etnik Bumiputera khasnya masih lagi di takuk lama.
Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 billion. Namun, sekitar 70% penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah. Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di sini. (sumber: Malaysiakini)
Pakatan Rakyat Bintulu berharap rakyat Bintulu dapat memberikan PR Bintulu peluang untuk membuat perubahan dalam pilihanraya DUN Sarawak yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.

0 comments